Sebenarnya kan... sejak Mia dah selesai didik Ainim dan Sally pada bulan Mei yang lepas, Mia rasa macam nak berehat sementara.

Tapi hati ini memberontak ingin mengintai perkembangan beberapa blog yang memikat hati Mia. Ada potensi untuk dikembangkan jika dapat dididik dengan betul. Setelah lama mengintai dengan perasaan macam nak.. ke tak nak... ke... nak jadikan protege. Takut lamaran ditolak. Tak pasti nak ambil seorang atau pun dua orang blogger. Masih dalam pertimbangan. Hari ini.. baru betul-betul terbuka hati Mia untuk ambil protege baru.

Tujuan Mia hanyalah untuk mendidik. Bila dah berjaya nanti, terpulanglah nak bawa haluan sendiri. Mia tak dapat apa-apa pun. Memang dah hasrat nak didik seikhlas hati.

Terus-terang Mia katakan yang Mia ini bukanlah otai atau pakar sangat dalam berblog. Sila jangan salah faham. Apa yang Mia didik berdasarkan pengalaman Mia dan ilmu yang ada di dada.

Ciri-ciri blogger yang dimaksudkan...
  1. Perempuan
  2. Anak dara
  3. Ranking Alexa Malaysia > 2000
Mia cuma nak didik saja. Selebihnya kenalah bergantung pada diri sendiri.

identiti masih dirahsiakan..