Hari ini... projek Mia di sebelah petang ialah buat dadih. Masak satu pek dadih perisa strawberi. Sofea yang nak makan. Beli satu dua tak puas makan. Kali ini masak sendiri terus kat rumah. 

Cara-cara nak masak dadih ada tertera kat pek dadih itu. Bahan yang diperlukan 3 liter air, 1 tin susu cair, 1 pek dadih dan gula. Nak masaknya tak susah. Didihkan air bersama susu cair dalam periuk. Kemudian matikan api. Selepas itu masukkan serbuk dadih dengan perlahan sambil gaul dengan senduk sehingga serbuk dadih larut dan sekata. Dah siap tuang ke dalam bekas.

Lepas itu barulah sempat ambil handphone dan terus snap.. Masa masak kat periuk tak ingat nak ambil gambar. 




Dibiarkan seketika sampai sejuk barulah ditutup dan kemudian dimasukkan ke dalam peti ais. Selesai sudah... terus update entri ini.

bila dah sejuk nanti... bolehlah dimakan...