Episod Akhir Drama Selamat Pengantin Madu


Mia memang menanti betul episod akhir drama yang hangat di TV3, Selamat Pengantin Madu. Sebab nak tahu sangat apa yang akan berlaku dengan Mas. 

Tup-tup malam semalam pula ada gathering blogger di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Melepas nak tengok kat TV3.

Tadi petang, demi nak tahu juga dan tak nak ketinggalan, mulalah Mia buka tonton.com.my dan cari episod ke 13 drama ini. Dapat juga tonton dengan seronoknya.


Kisah bermadu yang menarik ini rasanya ramai yang mengikutinya kat luar sana itu. Nak-nak dengan perangai Mas yang tersangatlah over dan Zul yang tidak nampak pengorbanan Hana yang terlalu baik untuk dimadukan. 

Macam-macam kesilapan yang dibuat Mas bagi merebut kasih dari Zul. Asyik menyirap je tengok perangai dia tu. Tapi kesilapan dalam episod akhir ini adalah yang paling besar iaitu keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Zul kerana jeles Zul bercuti seminggu dengan Hana di Maldives. Nasib baik bila pulang Zul dapat tahu melalui mesej chat di dalam notebook yang terbuka dan pergi mengintai apa yang Mas buat.

Apalagi bila Mas balik, berlaku pertelingkahan dan Mas diceraikan dengan talak satu. Sejak itu Zul dah tak boleh terima Mas semula dan terus kembali ke pangkuan Hana walaupun Hana ada memujuk Zul untuk terima Mas kembali. Mula-mula hubungan keluarga tidak begitu ceria tapi lama-kelamaan dah bahagia. Happy ending... sukanya Mia. Paling suka dengan watak Hana.. sangat sporting dan penyabar orangnya.

ada banyak pengajaran dalam drama ini....

Post a Comment

12 Comments

  1. tengok online je sebab xsempat tgk mlm semalam..yg penting happy ending :)

    ReplyDelete
  2. Best! Tak sangka dia akan ceraikan mas. :)

    ReplyDelete
  3. Best. IM tengok dengan hausmet semua seronok sbb Zul dgn Hana akhirnya. Hehe

    ReplyDelete
  4. ending yang paling best ! suka sangat !

    #teamsokonghana .. hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mia...betul tu akhirnya mas bercerai juga dgn zul....hepi ending...

    ReplyDelete
  6. Tak sempat nk layan drama tv skrg ni.. Ank menguasai tv... Hehe

    ReplyDelete
  7. hehe tak pernah tengok tapi macam best boleh masuk dalam list drama perlu tonton tahun depan :D

    ReplyDelete