Pelancaran Konsert Projector Band


Kuala Lumpur, 30 Jun 2018 - Sempena dengan Konsert PROJECTOR BAND, Quill City Mall KL bersama dengan rakan kongsi yang lain berasa cukup bangga untuk mengumumkan pelancaran jualan tiket bagi Konsert mereka yang telah mula dijual pada hari ini.



Lebih kurang 200 media, peminat dan artis tempatan telah hadir untuk pelancaran Konsert mereka yang di adakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur, Ticketing Hub (Ground Floor). Pada majlis pelancaran tersebut PROJECTOR BAND telah membuat penampilan khas dan mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk "Meskipun Kau Tahu", "Percaya Hati" & single pertama mereka "Sudah Ku Tahu" yang menghiburkan orang ramai. Ini diikuti dengan sesi beramah mesra bersama perminat. Peminat yang membeli tiket di majlis pelancaran ini juga telah mendapat album pertama  mereka yang di tanda tangan secara peribadi oleh PROJECTOR BAND sendiri. Majlis pelancaran tersebut berakhir dengan PROJECTOR BAND mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan peminatnya yang datang.



PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre “band rock” ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan dianggotai oleh 5 orang anak muda yang terdiri daripada Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad  Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai pemain drum. 

Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR BAND telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif, pemain gitar utama dalam band ini. Lagu pertama mereka telah menjadi viral di media sosial dan menjadi fenomena yang besar dalam industri muzik tempatan. Lagu ini juga telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan memenangi tempat ke-3 pada malam tersebut. Mereka juga berjaya dalam merangkul anugerah tontonan muzik video paling tertinggi di Youtube.

Mereka juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM22), Lagu Terbaik dan Lagu Paling Emo di Anugerah Digital ERA 2016 (DMA), Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Bintang Popular 2017 (ABPBH 3.0), Artis Baru Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Meletop ERA 2017 (AME), Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik  2017 (APM).

Mereka terus bertahan dalam industri muzik tempatan dengan empat lagi single yang bertajuk PASTI ADA KAMU, AISYAH, MESKIPUN KAU TAHU, dan PERCAYA HATI, lagu duet pertama bersama Eka Sharif, bekas peserta Akademi Fantasia 9. 

Setelah hampir 3 tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air, PROJECTOR BAND telah mendapat peluang untuk mengadakan konsert pertama mereka anjuran JW Live Productions Sdn Bhd bertempat di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Konsert ini akan diadakan pada 28 Julai 2018 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 6.00 malam (satu jam). Di konsert ini juga, mereka akan mempersembahkan single terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk SETIA MENANTIMU. 

Tiket kini boleh didapati di Ticket Charge Quill City Mall, Kuala Lumpur atau di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP).  Antara yang terawal membeli tiket akan mendapat Album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad). Kami berharap konsert ini akan mendapat sambutan yang hangat dan meriah dari peminat-peminat muzik tanah air. 

** press release...


Post a Comment

3 Comments