Buat Scaling Dan Whitening Untuk Gigi

Dah tiba masanya untuk jumpa doktor gigi. Penjagaan gigi perlu dititikberatkan. Makanya Mia buat appointment pada jam 6.00 petang 11 Disember 2019 di Klinik Medissa Care, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.




Scaling.. cuci gigi agak lama sebab doktor buat secara perlahan dan teliti untuk bersihkan segala kekotoran dan sisa makanan di celah gigi. Kalau dibiarkan lama, boleh jadi keras dan lagi susah nak dibersihkan. Memang terasa ngilu dan berdarah gusi Mia. Sepatutnya... walaupun kita berus gigi hari-hari, kita kena buat scaling cuci gigi ini setiap 6 bulan.

Whitening pula... Mia buat satu cycle. Sebab kali pertama. Takut gigi jadi terlalu sensitif nanti. Dalam tempoh 24 jam kena jaga pemakanan. Tak boleh makan yang ada coloring. Doktor cadangkan buat 3 cycle whiening baru boleh putih sepenuhnya. Nampaknya tahun depan lah baru buat.

Selepas selesai, memang ada kesan sakit di sekitar gusi seketika. Tapi sementara sahaja. Lepas itu dah selesa.


** jom jaga gigi kita...


Post a Comment

7 Comments

  1. sama la anum baru lps buat selalu hujung tahun

    ReplyDelete
  2. Lama tak buat scaling ni.Ngilunya tu..aduh.

    ReplyDelete
  3. memula nak buat tu risau jugak sebab saya memang alergik sikit kalau pasal treatment gigi, haha. tapi bila dah buat, ok ja. fobia ja lebih. haha

    ReplyDelete
  4. nak juga gi klinik gigi ni.
    rawatan. mcm servis gigi gitu kan.
    tampal pe patut.
    bersihkan pe patut :)

    ReplyDelete
  5. Mrs. A pun sepatutnya dah kena buat ni last year buat bulan Disember gak.

    ReplyDelete
  6. wahh rajinnya kak mia. saya jarang sangat2 buat scaling ni. mahal tak? sakit tak? hahaha takuttt

    ReplyDelete