image I'm lovin' it! McDonald's Malaysia - Mia Liana

Monday, 30 December 2019

# Community # From Me

I'm lovin' it! McDonald's Malaysia

McDonald's Malaysia, eh siapa yang tak kenal kan? Sebut saja perkataan McDonald's, masing-masing mesti akan terbayang menu pelbagai jenis burger yang sedap. Itu belum lagi ditambah dengan menu lain seperti ayam goreng, pie, aiskrim dan sebagainya. 

Mia sendiri, kalau time busy alamatnya McDonald's inilah yang akan Mia terjah. Tapi masalahnya bila dah sampai kat sana mulalah pening kepala tak tahu nak order yang mana satu. Semua sedap! Semua nampak best! Tapi Mia percaya, dalam banyak-banyak menu yang ada di McDonald's ni pasti ada 5 top choice mengikut citarasa masing-masing kan? Nak tahu apa yang paling Mia suka bila order McDonald's ni? Okay ini listnya. 


#1 - Nasi Lemak McD


Nasi lemak McD memang salah satu kegemaran sebabnya rasa nasi lemak ini memang best. Lebih puas bila dapat makan bersama dengan Ayam Goreng McD yang rangup dan besar. 100% Dijamin HALAL dengan nasi yang wangi bersama sambal memang terbaik sekali. Nasi Lemak dengan sambal Malaysian's favourite yang tak boleh disangkal lagi.



#2 - Ayam Goreng McD


Walau ada banyak restoran menjual ayam goreng namun bagi Mia, ayam goreng McD ini tetap ada keistimewaannya yang tersendiri. Rasanya yang rangup di luar, lembut di dalam dengan rasa rempah ratus memang sangat memuaskan. Lebih seronok bila ada dua pilihan iaitu original dan juga spicy. Order yang spicy, boleh makan sampai berpeluh. 



#3 - Double Cheese Burger


Cheese bila dimakan dengan apa jua menu memang sangat mengasyikkan. Lagi-lagi jika dimakan dengan kepingan daging burger yang tebal dan lembut. Untuk Mia, Double Cheese Burger McDonald’s memang sangat layak untuk menjadi menu kegemaran ramai orang disebabkan oleh rasanya yang sangat awesome dan berbaloi. 


#4 - Chicken McNuggets 


Jika makan burger McDonald’s mesti nak ada makanan tambahan lain. Entahlah, rasa macam tak lengkap kalau tak ada. Dan bagi Mia antara banyak-banyak makanan tambahan yang ada di McDonald’s ni, Mia paling teruja dengan Chicken McNuggets. Boleh dikatakan nuggets kat McDonald’s ni memang berbaloi disebabkan oleh rasanya yang sedap ditambah dengan isi ayamnya yang memang fresh dan 100% tanpa tulang sama sekali. Bila makan tu asyiknya mengunyah sampaikan tak sedar dah habis.


#5 - Prosperity Burger : Hadirnya Setahun Sekali Saja Di Tahun Baru Cina



Sekarang ni, McDonald's dah mula keluarkan Prosperity Burger miliknya yang hanya akan muncul setahun sekali sempena tahun baru cina. Pendapat Mia, bila ada saja menu special begini ia akan menampakkan satu kelainan yang agak best cuma harap-harap menu itu sendiri kenalah sedap. Tak mahu la nanti, setahun sekali tunggu makan alamak kurang umph. Tak mahu lah begitu kan. 

Makin Mia suka kalaulah setiap perayaan ini ada burger khususnya yang tersendiri. Contoh untuk Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Bukan sebab Mia ni terlajak kuat makan cuma Mia nak tahu juga, agak-agaknya burger bagaimana yang sesuai untuk perayaan-perayaan yang lain di Malaysia ni. 



McDonald's - Boleh Dinikmati Pada Bila-Bila Masa Dan Di Mana Jua

McDonald's boleh dikatakan ada di mana-mana kat Malaysia ni. Tapi tak dinafikan juga yang McDonald's ni kadangkala tu agak sesak hingga makan masa yang lama untuk beratur. Apa nak buat, dah nama pun antara restoran paling ramai orang kunjungi. Tapi tak apa, kalau busy dan malas nak buang masa untuk pergi direct, kita boleh order secara atas talian untuk penghantaran terus. Buat apa nak susah payah lagi, tak perlu juga buang masa pening kepala rempuh jem. 

Ironinya akan lebih menyenangkan, dengan adanya servis food delivery by FoodPanda semuanya dah jadi mudah. Ada kat mana sekalipun itu bukannya satu isu. Buat tempahan, setkan alamat dan kemudian boleh nikmati makanan dengan aman dengan famili dan yang tersayang. 

3 comments: