image Beli Ikan Laga 2020 - Mia Liana

Monday, 14 September 2020

# Family Matters

Beli Ikan Laga 2020

Regular customer Mia ni dah beberapa tahun. Selalu beli ikan laga kat Bazaar Karat Johor Bahru. Tetapi memandangkan sekarang PKPP dan jarang buka gerai meniaga, jadinya Mia bertandang ke kedai Aiman di Apai PetShop. Lokasinya di Taman Nusantara, Nusajaya.

Ikan yang sebelum ini, dah letak kat kampung. Baru ni, Mia berkesempatan nak beli ikan laga yang baru, buat teman Mia di rumah.

Jom tengok...








Banyak jenis haiwan peliharaan yang dijual di sini. Mia fokus pada ikan laga saja. Boleh rambang mata kalau nak pilih. Akhirnya Mia pilih yang warna biru dan purple. Dulu Mia beli RM10 siap dengan bekas dan batu warna-warni. Sekarang dah naik harga RM12.00 dengan bekas saja.


** my little pet....




10 comments: