image Hotel Tour & Review Produk Kecantikan JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Johor - Mia Liana

Wednesday, 28 October 2020

# Events # Review

Hotel Tour & Review Produk Kecantikan JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Johor

Pada 10.10.2020 Mia, Adik Mia dan Sofea pergi menghadiri event Hotel Tour & Review Produk Kecantikan, kolaborasi team JDT Blogger dengan BrandCulture PR & MarComm Agency dan Impiana Hotel Senai.

Meriah sungguh dengan bertemakan Pinktober sempena bulan oktober sebagai tanda support kepada kempen Breast Awareness. Serba pink kami semua. Team JDT Blogger yang turut hadir ialah Sis Lin, Nona, Afzani, Rohaida, Juju dan Suzie. Kami berpecah kepada 2 kumpulan dan diselia oleh PR Angeline dan Grace Chiam.

Aktiviti dimulakan dengan hotel tour di sekitar Impiana Hotel, kemudian penerangan produk skincare DR's Secret, suplemen kesihatan Inchaway dan pembelajaran secara online VSchool Trend.

Jom kita tengok....

Event di Club Lounge tingkat 9 dan sesi suai kenal yang singkat nampak begitu mesra dan meriah.


Hotel Tour

Mia di kumpulan kedua  bersama dengan Rohaida, Juju dan Suzie. Kumpulan kami menerima penerangan dari Grace selaku wakil dari PR. 


Dengan Grace Chiam yang sentiasa manis dengan senyuman.

Kami dibawa ke tingkat 1 di mana terdapatnya event hall Endau, Maharani Ballroom, Mersing dan Senai untuk acara majlis rasmi, mesyuarat, seminar dan lain-lain. Surau turut disediakan di tingkat ini sebagai kemudahan untuk bersolat.


Level yang ada di Impiana Hotel Senai.  Lokasi di tingkat 1.



Kebetulan pula, ketika itu sedang ada majlis resepsi perkahwinan di Maharani Ballroom. Cantik sungguh dekorasinya. Nampak elegan dan eksklusif.






Kemudian, kami di bawa ke bilik event hall Mersing dan Endau.





Beralih ke tingkat 2. Kami teruja dengan pemandangan swimming pool dan cafe yang menarik. Sejuk mata memandang. Boleh lepak santai-santai di sini sambil tenangkan jiwa. Sweet sangat. Seronoknya kalau dapat mandi swimming pool di tempat seperti ini.




Seterusnya, kami ke tingkat 6. Review Bilik bernombor 601, merupakan Executive Suite Room dengan harga promosi dari RM440 untuk penginapan dua hari satu malam. Sangat selesa dan luas.









Review bilik bernombor 605, merupakan Deluxe Room dengan harga promosi dari RM165 untuk penginapan dua hari satu malam. Nampak simple dan compact.






Lokasi hotel ini sangat hot sebab ianya berdekatan dengan Senai Aiport. Kepada yang berminat hubungi Impiana Hotel Senai  untuk tempahan.

Impiana Hotel Senai
Jalan Impian Senai Utama 2, Taman Impian Senai, 81400 Johor, Malaysia
Phone: 607 595 8899
Fax: 607 595 8989  
Email : info.ihs@impiana.com




DR's Secret

Review seterusnya, Mia berpeluang untuk mendengar depan mata sendiri tentang produk skincare DR's Secret yang berasal dari negara jiran, Singapura. Katanya bagus produk ini.Yang penting kulit muka sihat dan ceria.





Oh ya... ada antara kami yang join Express Facial dan dapat rasai kehebatan produk DR's Secret ini. Muka rasa lembut, lembap dan bersinar. Cantik secara semulajadi.

Boleh hubungi DR's Secret di :


Telefon : 016 719 9010



Inchaway

Produk review seterusnya ialah dari Inchaway. Suplemen kesihatan ini mengandungi Sacha Inchi Oil dan Macadamia Oil. Dapat mengurangkan kolesterol dan membantu sihatkan tubuh badan kita untuk diet yang seimbang. Juga sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit kronik.


Inilah produknya. Premium Balance Sacha Inchi & Macadamia Oil | Extra Virgin | Cold Pressed | Omega 3 6 7 9. Satu sachet mengandungi 3ml.

Perbandingan hasil larutan.

Penerangan ringkas produk.


Mia dah cuba minum setiap hari selama 10 hari. Hasilnya ukur lilit pinggang ada mengecil sedikit, badan terasa ringan dan senang nak bergerak, rasa bertenaga dan tidak mudah letih. Yang penting sekali ianya boleh atasi masalah sembelit. Kepada yang ingin mencuba produk ajaib ini boleh hubungi Inchaway di :




VSchool Trend


Dari namanya sudah pasti ianya berkonsepkan pendidikan dan pembelajaran secara online. Boleh belajar bila-bila masa dan di mana jua. Untunglah sekarang dah ada konsep pembelajaran seperti ini. Kalau dahulu, kena pergi kelas tusyen. Sekarang tidak lagi. Nak-nak tengah musim pandemik Covid 19 ini, adalah lebih baik kita cuba kaedah pembelajaran online untuk anak-anak kita supaya tidak tertinggal pelajaran.

Modul VSchool Trend ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran di sekolah KSSR (Semakan) / CEFR / KSSR / KSSM / KBSM / KBAT / I-THINK merangkumi SK Sekolah Rendah, SJKC Sekolah Rendah, Menengah Rendah dan Menengah Atas. Amat sesuai sebagai persediaan untuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

Ianya mempunyai ciri-ciri unik seperti nota, video, latih tubi, penilaian, kad laporan, KBAT, Penghargaan, Kamus, Karangan, 100 terbaik, Animasi, I-Think dan Peta Minda, Kata-Kata Motivasi, Pemarkahan Segera dan Soalan Subjektif Pintar. Pendek kata, tidak akan rasa bosan bila belajar dengan modul VSchool Trend ini.

VSchool Trend memperkasakan pendidikan.


Penerangan ringkas tentang VSchool Trend

Sedang mendengar penerangan

Bestnya kalau dapat belajar dengan VSchool Trend

Promosi harga dari VSchool Trend


Kepada yang berminat, boleh hubungi VSchool Trend di :




Akhirnya, perut pun dah berkeroncong minta diisi. Kami menjamu selera di restoren The Tiffin. Terlalu banyak pilihan menu sehingga rambang mata dibuatnya.


Pelbagai juadah hidangan buffet disediakan.

Main course yang Mia ambil. Kenyang dan menyelerakan.

Buah-buahan, kuih dan kudapan manisan.

Roti sandwich versi buat sendiri.


Restoren The Tiffin Impiana Hotel menyajikan hidangan Eat-All-You-Can Buffet dengan harga promosi.

Isnin - Jumaat | 12.30 tengahari - 2.00 petang
Dewasa : RM25.00 nett | Kanak-Kanak : RM12.00 nett

Sabtu & Ahad termasuk Public Holiday | 12.00 tengahari - 4.00 petang
Dewasa : RM30.00 nett | Kanak-Kanak : RM15.00 nett

Untuk tempahan, sila hubungi https://impianaTiffin.wasap.my atau 016 713 4590




Fiuh....Hampir separuh hari di Impiana Hotel dan Mia tidak pulang dengan tangan kosong. Tak sangka Adik Mia dan Sofea dapat hadiah cabutan bertuah berupa Complimentary Voucher - Weekend Buffet Hi-Tea. Rezeki betul. Seronok mereka. Juga ada goodies mengandungi produk sample dan mask berwarna pink.




Terima kasih tidak terhingga. Terasa bestnya event ini yang ala-ala santai tetapi padat dengan info dan demonstrasi. Terbaik...


12 comments: