image 5 Resipi Mudah Boleh Masak Di Rumah Sementara Malaysia Berada Dalam Keadaan Pergerakan Terhad - Mia Liana

Sunday, 18 October 2020

# Tips

5 Resipi Mudah Boleh Masak Di Rumah Sementara Malaysia Berada Dalam Keadaan Pergerakan Terhad

Pasti anda telah mendengar berita seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri kita yang dalam sidang media mengenai COVID-19 tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa orang ramai harus mematuhi Perintah Pergerakan Terhad. 


Beberapa perkara lain yang perlu diperhatikan termasuklah : 


(i) semua rakyat Malaysia dilarang pergi ke luar negara, 

(iii) rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara mesti memerhatikan karantin diri selama 14 hari, 

(iii) semua orang perlu memakai mask , jika gagal denda RM1000 akan dikenakan

(iv) hanya wakil ketua rumah saja yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan makanan. 


Dan, rata-rata yang berkerja ramai yang diminta untuk berkerja dari rumah. Sudah tak seperti dulu lagi nampaknya, nak tak nak kenalah lebih berada di rumah demi untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain. Sama-sama kita bantu dan berusaha.





Bagi mengisi masa yang lebih ketika berada di rumah ini, di sini akan dikongsikan beberapa resepi untuk di cuba. Memasak juga bagus dijadikan sebagai salah satu hobi jadi bolehlah cuba resepi yang mudah. Manalah tahu, rupanya ada bakat terpendam! Antara resepi best, mudah dan sedap untuk disediakan adalah seperti, 



#1 - Makaroni Bakar


Bahan-Bahan :

300gm makaroni
1 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tin sos bolognese - Prego-boleh ditambah 1 cawan susu full cream milk- dalam kotak
½ cawan keju cheddar
1 peket ayam cincang
1 biji telur
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak

Keju cheddar dan monzarella - untuk ditabur atas makaroni * saya campurkan 1 cawan susu ke dalam sos bolognese untuk mengimbangkan rasa masam , manis serta lemak. Boleh juga ditambah ½ cawan cream untuk bagi makaroni ni cukup berlemak terpulang pada citarasa masing-masing.


Cara Membuatnya :

1) Rebuskan makaroni sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan sekejap. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga daging ayam masak kemudian masukkan sos bolognese Prego serta terus kacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta tadi dan gaul dengan kuah sos . Masukkan telur serta susu serta kacau dengan cepat supaya telur cepat sebati dengan bahan-bahan lain kemudian masukkan 1/2 keju cheddar dan kacau bagi mesra . Jika kurang masin baru la ditambah garam.

3) Tuang semua bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai. Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 40 minit atau sehingga masak.



#2 - Resepi Roti John Telur 




Resepi roti john telur ni mudah sangat-sangat! Caranya adalah :

1. 5 biji telur atau lebih dipukul rata dengan garfu. Setelah itu masukkan serbuk perasa dan juga lada putih. Jika nak lebih wangi, boleh letak sedikit daun sup dan juga bawang putih yang ditumbuk halus ke dalam adunan telur ini.

2. Jika kebetulan ada hotdog, filet ketam, daging burger atau sebagainya, boleh letak jika mahu dan haruslah diingat yang bahan untuk inti ini hendaklah dicincang sepenuhnya terlebih dulu. 

3. Boleh juga letak kobis yang diracik halus-halus ke dalam adunan telur. Nak letak bahan yang lain seperti carrot juga okay.

4. Sekarang masak adunan telur ini seperti ingin membuat telur dadar dan cepat-cepat letakkan roti john diatasnya supaya telur dapat melekat pada roti dengan baik.

5. Akhir sekali boleh letak apa jua jenis sos yang disukai seperti sos cili, sos tomato, mayonis, cheese, black pepper sos dan sebagainya. Boleh letak daun bawang juga jika mahu. 

Credits : Anakbonda.com




#3 - Apam Coklat Mudah



Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
3 sudu besar serbuk koko
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara untuk Membuatnya :

1. Ayak tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat.

2. Masukkan SEMUA bahan dalam blender dan kisar hingga benar2 sebati.

3. Tuangkan ke dalam acuan yang telah diletakkan cawan kertas.(isi penuh)

4.. Kukus selama 15 minit. (Tutup penutup kukus dengan kain supaya air tidak menitik pada apam)

5. Siap Untuk dihidang.




#4 - Resepi Popia Isi Ketam


Bahan-bahan:
10 batang isi ketam/crab stick (rebus sekejap & toskan)
1 batang lobak merah (disagat)
1/2 biji sengkuang yang kecil saiznya (disagat) - optional
1 pokok daun bawang (dihiris sebesar 1 inci)
kulit popia secukupnya
tepung gandum & air (dibancuh sebagai pelekat kulit popia)

Cara-cara:
1) Kulit popia di lerai dan diletakkan di atas pinggan.

2) Kemudian letakkan lobak merah, sengkuang, daun bawang dan isi ketam/crabstick di atas kulit popia.

3) Lipatkan kulit popia tersebut untuk menutupi intinya dan gulungkan. sebelum sampai ke penghujung, sapukan bancuhan tepung tadi ke atas kulit popia supaya kulit popia boleh melekat.

4) Panaskan minyak dan gorengkan popia dengan api sederhana sehingga berwarna keemasan.

5) Angkat dan toskan. siap

Bahan-Bahan Untuk Sos:
10 biji cili merah (dibuang bijinya)
1 cawan air
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan gula
3 sudu makan cuka
garam secukup rasa
sedikit tepung jagung & air (dibancuh untuk memekatkan sos)

Cara-Cara Untuk Membuatnya :
1) Kisarkan cili merah, bawang putih bersama sos tomato, gula, cuka, garam dan air sehingga sebati.
2) selepas dikisar, masakkan bahan tersebut hingga mendidih dan kemudian masukan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.
3) Masak sos hingga nampak pekat. tutup api dan siap! (jangan lupa untuk rasa terlebih dahulu sos tersebut. kalau rasa seperti tak lengkap garam dan gulanya, sila tambah mengikut kepuasan sendiri




#5 - Resepi Puding Karamel



Bahan- Bahan Yang Diperlukan : 
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur
1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus

Cara-Cara Untuk Membuatnya :

1. Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.

2. Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati.

3. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

4. Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk pyrex sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya

Andai terasa susah untuk beli barangan keperluan untuk masak dan makan di rumah, apa kata cuba gunakan khidmat grocery delivery daripada pihak FOODPANDA. Jangan ingat Foodpanda boleh hantar makanan siap masak saja tau, bahkan Foodpanda juga boleh digunakan untuk pesan bahan untuk di masak. 




Jagalah diri anda dan ingatlah untuk berlatih menjauhkan diri dan jangan terlajak stress ya. Jom sama-sama kita menikmati makanan yang lazat dan sedap di rumah. Elakkan diri dari tempat awam dan andai terpaksa jangan lupa mask dan sanitizer untuk keselamatan diri sendiri dan yang tersayang.



11 comments:

  1. Semua resepi fav anak-anak tu 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  2. wahh, lengkap semua dari main course hingga dessert

    ReplyDelete
  3. ish boleh naik berat badan ni dapat mkn mcm ni hari hari :3

    ReplyDelete
  4. semua nampak mudah dan menarik untuk dibuat!

    ReplyDelete
  5. best dan mudah! and foodpanda pun ada mart dh sekarang.. ohsem

    ReplyDelete
  6. semua menu feveret..memang mudah nak sediakan.

    ReplyDelete
  7. thank you sharing! nak try buat puding tu la... terliur pula tgk

    ReplyDelete
  8. aida masih di pejabat, mia. meskipun pagi tadi kami dikejutkan dgn sorang wife ofismet positif! hanya dept dia je yg dibenarkan wfh setakat ni. in case kalau ofisment tu positif, aduhai... ntah la :(
    macaroni bakar tu = ohsem. last weekend aida buat pai ayam. this coming weekend mcm nak buat macaroni bakar la plak. mudah je. kebetulan bahan byk ada kat rumah :)
    puding caramel tu, last PKP, kerap aida buat terutama time Ramadhan. sedap.

    ReplyDelete
  9. Popia isi ketam tu macam sedap le pulak.. boleh try ni nanti..

    ReplyDelete
  10. mmg sedap2 semua menu kak mia share ni :)

    ReplyDelete