image Makan Nanas Segar - Mia Liana

Saturday, 10 July 2021

# Dari Dapur Mia

Makan Nanas Segar

Sekarang ini, musim PKP 3.0 makin rajin makan nanas kat rumah ini. Nanas memang terkenal dengan banyak khasiatnya. Rezeki dapat beberapa buah nanas MD2. Selalunya Mia akan kopek dan potong siap-siap letak dalam peti sejuk. Senang nak makan nanti.



Satu lagi cara nak nikmati nanas segar ini, Mia akan potong nanas dalam bentuk dadu dan rebus dengan air dalam periuk. Bubuh sedikit gula buat ada rasa manis sedikit. Sediakan dengan tuang nanas dan airnya ke dalam cawan. Sedap makan nanas macam ini, untuk elakkan lidas. Nak lagi sedap, sejukkan dulu dalam peti ais.


Terpulang dengan cara masing-masing. Boleh dipelbagaikan. Yang penting, sedap dimakan.




8 comments:

  1. Oo..buat colek pun sedap jugak tu kan.

    ReplyDelete
  2. Thanks share petua kurangkan lidas tu. Sedapnya dapat makan nanas segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. mia buat cam ni je... kalau makan lama-lama gitu je memang akan lidas...

      Delete
  3. Whoaaa.. tak pernah buat.... Thanks info... Nanti try.... tengok rasa camana .. Saya suka nanas.. walaupun kemudiannya lidas.... Haa.. dah tahu cara ni . nak try la gak..

    ReplyDelete