image Celoteh Mia 18.7.2021 - Mia Liana

Sunday, 18 July 2021

# From Me

Celoteh Mia 18.7.2021

Rasanya dah lama Mia tak berceloteh di blog ini. Apa tidaknya, semasa PKP 3.0 ini, Mia ada komitmen. Buat kerja part time sedikit, selain dari work from home (WFH), buat kerja-kerja rumah dan bantu Sofea belajar PDPR pagi dan petang. Banyak juga homework dalam Google Classroom belum lagi kat buku dan kena buat video. Bertabahlah jadi mak time pandemik ini.

Nampak penuh betul aktivitinya. Kadang kena juga naik pejabat, sebab ada kerja urgent yang perlu disiapkan. Begitulah keadaannya, selagi masih PKP 3.0 ini.


Betapa rindunya Mia nak blogwalking ke blog rakan-rakan. Mia cuma sempat join segmen/giveaway rakan-rakan blog sebagai tanda sokongan.  Kalau ada yang nak Mia join, boleh je komen url segmen/giveaway anda, di mana-mana ruang komen entri Mia. Mia baca komen setiap hari.

Alhamdulillah... trafik blog Mia maintain setiap hari. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi datang ke blog ini. Moga anda jumpa info yang dicari di sini. Syukur sangat pageviews blog ini dah melebihi 12 juta pada Julai 2021.

Mia cuba maintain konsisten update blog ini. Entri santai-santai dan perkongsian info untuk tatapan pengunjung. Kadang entri santai pun, banyak juga orang cari. Bila kena pada keywordnya sampai beribu pageviews entri tersebut. Sebab itu kena konsisten update blog mengikut keselesaan kita. Kadang tentu perasan bukan? Mia buat entri backdated. Ada bahan nak update, cuma tak sempat masa itu. Bila ada masa, terus balun marathon update entri blog. Mia sayang sangat blog ini. Dah macam nyawa Mia sendiri, tak sampai hati nak biarkan ianya bersarang.

Akhir kata, Mia doakan agar kita semua selamat dan dilindungiNya semasa pandemik ini. Yang penting #kitajagakita dan jaga SOP dengan betul.

Nampaknya ini sahaja yang dapat Mia coretkan. Salam sayang dari Mia. (^_^)


8 comments:

  1. Assalamualaikum Mia.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Wahhhh lamanya tak singgah blog kak mia. Seronok tengok rakan2 blogger lain masih active blogging. sedangkan diri ni...... haha cedihh. #Staysafe

    ReplyDelete
  3. Hai Mia , lama tak menyinggah sini.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidil adha kpd mia dan keluarga. memang la PdPR ni membebankan. Tidak hanya kpd murid ttp kpd guru juga. X sabar tunggu sek mula dibuka...

    ReplyDelete
  5. Tahniah dh berjaya dapatkan target setiap hari

    ReplyDelete