Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Agama 2022

Pagi tadi, Mia hantar Sofea ke Sekolah Agama. Hari Sabtu ada aktiviti Sambutan Maulidur Rasul pula. Sofea ada ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Makanya, kena hadir juga.
Antara aktiviti yang dijalankan :
  • Pertandingan perarakan dan selawat
  • Persembahan kumpulan Qasidah
  • Persembahan nasyid
  • Ceramah Maulidur Rasul oleh Tuan Haji Azmi bin Haji Abdul Rahman

Majlis Sambutan Maulidur Rasul selesai jam 12.30 tengahari. Jamuan makannya best kata Sofea. Makan nasi minyak. Siap bawa balik ke rumah yang dah packing. Alhamdulillah....


** kisah sekolah agama....


Post a Comment

0 Comments