Potluck Kelas Sebelum Cuti Sekolah

Semalam pagi, Sofea ada potluck kelas di Sek Agama dengan Ustazah dan kawan-kawan sekelas. Aktiviti makan-makan di kelas dengan masing-masing bawa menu makanan dari rumah.

Kelmarin, beli dessert pudding yang ready made kat pasaraya. Beli 5 pek. Cukup untuk semua kawan kelas Sofea. Ingat macam nak masak pada mulanya. Tetapi takut tak sempat pula nak masak awal pagi. Jadinya, ambil yang mudah saja. Beli yang dah siap.
Meriah kata Sofea. Kenyang sangat. Macam-macam menu ada. Yang penting, habis licin dessert pudding yang dibawanya. Alhamdullilah....


** selamat cuti sekolah.....


Post a Comment

2 Comments

  1. Kalau dulu, antara acara yang ditunggu2 jugak ni. Jamuan alhir tahunn. Hihi

    ReplyDelete
  2. Jamuan akhir tahun plg best zaman sekolah dulu lepas tu yg x best kalau ada perpisahan dgn kawan2 yg bertukar kelas utk sesi tahun hadapan. ;( Sedih!

    ReplyDelete