Bersambung dari kisah di SINI. Selepas selesai urusan kerja di Pejabat Sarawak (Kuching), kami beli kek lapis Sarawak berdekatan dengan kawasan Kuching Waterfront.
Setiap kali outstation ke Sarawak, Mia akan beli kek lapis Sarawak. Buat ole-ole dari Sarawak. Sebenarnya ada beberapa kedai kek lapis Sarawak yang popular di sini tetapi Mia lebih gemar beli di Kedai Kek Lapis Mama Su. Ada pelbagai jenis flavour dan boleh rambang mata dibuatnya.
Pilihan Mia ialah jenis Belacan, Tiga Rasa dan Chocolate Nestum untuk tahun ini. Tiga flavour yang ini Mia belum beli lagi disebabkan tahun lepas dah beli dalam 20 jenis flavour.
Recomended dari Mia. Sedap dan lembut. Puas hati bila dimakan. Balik Johor Bahru nanti boleh buat kudapan sambil menontn tv di rumah.
** mood ceria...









0 Comments