Minggu lepas Mia outstation ke Sarawak iaitu ke Pejabat Sibu, Pejabat Samarahan dan Pejabat Kuching. Aktiviti rutin tahunan untuk semakan aset-aset ICT di ibu pejabat dan semua pejabat negeri dalam Malaysia.

Kali ini Mia pergi dengan 2 orang rakan sekerja Unit Pengurusan Maklumat. Untuk makluman kakitangan Unit Pengurusan Maklumat yang benar-benar di bidang ICT hanya ada 4 orang sahaja. Bayangkan kami kena uruskan hal-hal berkaitan ICT semua pejabat-pejabat LPNM seluruh Malaysia. Hati kena kuat dan cekal demi kerja.

Jom tengok antara gambar yang Mia snap...



Pagi 11/8/2026 berlepas dari Senai Airport ke KLIA2 Airport. Masa ini flight ada delay lebih 1 jam nak ke Kuala Lumpur.


Transit di KLIA2 Aiport sambil berehat dan makan-makan.


Flight ke Sibu di Gate K12.  Asalnya flight sebelah pagi tapi memandangkan ada delay di flight yang pertama ke Kuala Lumpur dan terlepas flight kedua kami kena tukar flight ke Sibu di sebelah petang. Urusan penukaran flight di kaunter X16. Mujur tak dikenakan caj tambahan.


Selfie bertiga semasa di ruang menunggu. Masa ini masing-masing tengah melayan handphone. Mia layan movie cina. Siap download di YouTube kalau-kalau nak tengok offline dalam kapal terbang.


Welcome to Sibu. Kami gerak ke Pejabat Sibu dan terus buat kerja. Mujur aset ICT tidak berapa banyak di pejabat ini dan buat naziran laptop BYOD untuk 2 orang staf saja.




Staf di pejabat sini tunggu sehingga kami siap buat kerja. Malamnya kami menginap di The Paramount Hotel, Sibu.


Esok paginya 12/8/2026, kami berada awal di Sibu Airport untuk berlepas ke Kuching pula. Diam tak diam dah sampai Kuching Aiport. Sekejap saja dah sampai.



Destinasi pertama ke Pejabat Samarahan dan selesaikan uruskan kerja. Agak banyak aset ICT di sini. Kami check satu demi satu. Mana yang dah rosak akan dilupuskan.




Sebelah petangnya pula, kami ke Pejabat LPNM Sarawak di Kuching. Kami bawa pulang 4 laptop yang rosak balik ke Johor Bahru dan perkakasan-perkakasan ICT yang rosak yang lain di Pejabat Sibu dan Pejabat Samarahan akan dikumpulkan di stor sini untuk dilupuskan.





Sampai lewat petang di sini dan apabila selesai urusan kerja kami barulah pergi beli kek lapis Sarawak di kawasan Kuching Waterfront. Stay satu malam di Harbour View Hotel, Kuching.


Hari ketiganya pada 13/8/2026, flight tengah hari perjalanan pulang ke Johor Bahru.

Bye bye Sarawak. Lain kali jumpa lagi...


Lega apabila dah sampai Senai Airport. Balik rumah naik Grab. Syukur alhamdulillah, telah selesai urusan kerja di Sarawak.

** just share Mia outstation...