Wednesday, April 11, 2012

Buat Blog? Ada Orang Nak Baca Ke?

Buat Blog? Ada Orang Nak Baca Ke?

Pagi ini tiba-tiba terlintas di fikiran Mia untuk bercerita tentang cabaran yang Mia hadapi ketika mula-mula buat blog pada tahun 2007. Masa itu, memang ramai yang tidak tahu pasal blog. Blog itu apa...

Ada juga yang perli-perli, buat apa buat blog? Membazir masa. Tiada faedahnya. Ada orang nak baca ke? Entah apa yang dibebelkan. Entah apa yang dikongsikan. Terlalu banyak negatif daripada positif. Keadaan dulu tak sama macam sekarang. Sekarang ini, dah banyak sangat blog. Orang pun dah tak kisah.

Masa itu agak sedih juga, sebab nak terangkan pun susah. Jadi diam sahajalah. Mia cuma cakap, memanglah tiada siapa nak baca, cuba tengok 3 atau 4 tahun akan datang, tentu ada orang yang akan baca. Mia berblog ikut mood. Kejap on dan kejap off. Tetapi mula aktif semula pada Mac 2010 sehingga kini.

Buat sahajalah la apa-apa entri. Yang penting jangan biarkan blog itu bersarang. Jangan kecil hati kalau tiada orang nak baca dan juga kalau tiada orang nak komen entri. Teruskan berblogging. Kalau orang kutuk-kutuk blog kita, kita ambil secara positif dan jadikannya sebagai satu batu loncatan untuk terus maju ke hadapan.

Jangan pandang rendah pada keupayaan orang lain dan juga blognya. Setiap blog ada pengikutnya sendiri. Setiap blogger ada kelebihannya sendiri.

p/s: paling menggembirakan hati Mia sekarang, bila orang yang bertanya itu sebenarnya baca entri dalam blog Mia dan ikuti perkembangan Mia sehingga sekarang ini. Terima kasih ya....

18 comments:

  1. salam la kita julia, eqbal start blogging since 2007. masa tu bloggers menulis nak tak kejar trafik. skrg lain sgt...setuju tak?

    ReplyDelete
  2. betullah, tulis blog untuk suka suka... orang nak baca takpe.. ada orang komen, alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan? syukur sangat2 dah sekarang ni...

      Delete
  3. Betul2....:-)
    Dulu saya ada buat intri lebih kurang tajuk pn.
    http://eracyberteknologi.blogspot.com/2010/10/buat-blog-atau-website-tiada-pembaca.html

    ReplyDelete
  4. leez b'blog utk kepuasan diri sendirik. dpt new virtual fren tu adalah 1 bonus. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo gitu. ramai blogger pada masa dulu memang berblog untuk kepuasan sendiri... cuma sekarang ni ramai yang dah bertukar kepaa SEO, untuk jana pendapatan..

      Delete
  5. all the best.

    salam ziarah dari blog mak dara

    ReplyDelete
  6. Masing2 ada sebab kenapa nak buat blog. Apapun, teruskan apa yang kita usahakan wlp banyak cabarannya.

    ReplyDelete
  7. Ya..setuju. Masing2 ada pengikutnya yg tersendiri dan tujuan berblognya yg tersendiri.

    Tepuk kibod,tarikan jari sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. *kak mia..

      klau terlalu kejar trafik.. x rasa best nk trus blogging, huh...

      Delete
    2. uikkk mak lagenda... semuanya sangat tersendiri... good luck untuk fina exam ya...

      Delete
    3. * caliph...

      boleh juga kalau nak kejar trafik.. tapi jangan selalu nanti pengunjung akan mudah bosan...

      Delete
  8. sama apa sy rasa masa 1st menulis. kadang-kadang rasa tergelak bila kes tu berlaku...

    skang bila sy buka empayar sendiri, seolah-olah sy hidup semula bila 'dimatikan' selama bertahun-tahun.

    http://khairilmazri.blogspot.com/p/mengenai-blog-ini.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk hehehe... tu lah kan? sekarang dah tenang skit..

      Delete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Buy Here Online @ Mialiana.com