2013

Tuesday, December 31, 2013

Beli Kasut Sekolah Sofea Di Plaza Angsana


Balik kerja petang tadi terus beli kasut sekolah Sofea di Plaza Angsana, Johor Bahru. Happening betul. Maklumlah esok dah masuk tahun baru 2014.

Sampai-sampai terus pergi ke medan selera makan di tingkat atas sekali selepas itu baru turun ke kedai kasut Bata.

Jom tengok...

happy dapat kasut sekolah baru

kasut pilihan Sofea dengan kapur kasut

Leganya... dah dapat belikan kasut sekolah Sofea. Stokin pun beli juga. Kalau tak asyik bising bila nak belikan kasut baru dia. Tahun 2014 Sofea naik sekolah tadika 5 tahun.

terasa cepatnya masa berlalu....
Read more / Baca Lagi >>>

Selamat Tinggal 2013


Selamat Tinggal 2013... Hari ini 31 Disember 2013, hari terakhir dalam tahun 2013. Akan merindui segala kenangan manis dan pahit yangtelah dilalui. Blog ini menjadi saksinya. Liku-liku kehidupan Mia tercoret di dalamnya. 

sumber dari Google

Alhamdulillah.... azam Mia tahun ini boleh dikatakan majoritinya berjaya tercapai kecuali 2 yang ada di SINI. Akan dibawa ke tahun hadapan, 2014.

Berubah untuk menjadi yang baik. Mana yang tersilap, harus diperbaiki. Sentiasa bersyukur atas rahmatNya.

terasa diri ini semakin meningkat usia.... 
Read more / Baca Lagi >>>

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2014


Mulalah Mia cari pekeliling yang umumkan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2014. Jumpa juga akhirnya, pekeliling tersebut ialah Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2013.

Haruslah ambil tahu sebab boleh merancang perbelanjaan pada tahun depan. Perlu jimat cermat sebab semua benda dah naik. Kalau tak rancang betul-betul bajet rumahtangga, boleh semput juga tengah-tengah bulan.

Jom tengok...


Bulan Januari 2014
Hari Khamis 23/1/2014 (Tahun Baru Cina 31/1/2014 - 1/2/2014)

Bulan Februari 2014
Hari Selasa 25/2/2014

Bulan Mac 2014
Hari Selasa 25/3/2014

Bulan April 2014
Hari Khamis 24/4/2014

Bulan Mei 2014
Hari Khamis 22/5/2013 (Pesta Keamatan 30 - 31/5/2014)

Bulan Jun 2014
Hari Rabu 25/6/2014 (Hari Gawai 1 - 2/6/2014)

Bulan Julai 2014
Hari Selasa 22/7/2014 (Hari Raya Puasa 28 - 29/7/2014)

Bulan Ogos 2014
Hari Isnin 25/8/2014

Bulan September 2014
Hari Khamis 25/9/2014

Bulan Oktober 2014
Hari Khamis 16/10/2014 (Deepavali 23/10/2014)

Bulan November 2014
Hari Selasa 25/11/2014

Bulan Disember 2014
Hari Khamis 18/12/2014 (Krismas 25/12/2014)

Wajib tahu kan? Memang Mia kakitangan kerajaan kiranya bekerja di sektor awam. Setiap kali tahun baru, Mia pasti akan catitkan di kalendar bagi memudahkan urusan bajet perbelanjaan. (^_^)

penting dan kena ada perancangan untuk bajet perbelanjaan setiap bulan....
Read more / Baca Lagi >>>

Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #6



Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Sukanya Mia, ada 98 penyertaan dari kalangan blogger. Terima kasih kepada semua yang join.

Sebelum itu sila lihat nombor peserta anda di SINI. Pemilihan dibuat secara random.org dan 15 pemenang bertuah ialah :

















Tahniah diucapkan kepada semua pemenang di atas. Diharap anda semua akan dapat masukkan blog Mia ke dalam bloglist masing-masing mulai esok, 1 Januari 2014. Sekiranya didapati selepas 5hb, blog Mia masih belum dimasukkan lagi, bermakna anda tidak setuju dan Mia akan keluarkan blog anda dari bloglist Mia. Harap maklum.

bakal penyeri bloglist Mia bagi bulan Januari dan Februari 2014...

Read more / Baca Lagi >>>

2014 Bloglist Blog Celoteh Cik Yaya



Baru terperasan ada segmen bloglist lagi masa blogwalking. Mia nak joinlah. Harap-harap sempat diterima.

Tarikh tamat pada hari ini, 31 Disember 2013.

support Yaya juga...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, December 30, 2013

Gaya Lola Dan Koko Tidur



Petang tadi balik kerja singgah sekejap di rumah keluarga mertua. Sempat pula Mia ambil gambar 2 ekor kucing yang sedang tidur. Macam cantik je... Macam comel je...

Macam inilah gaya tidur si Lola dan Koko. Boleh pula landing kat depan pintu bilik air. Nasib baik tak terpijak... Koko memang teman rapat dengan Lola ibarat sehati sejiwa.

Peliklah pula Lola tidur dengan mata separuh pejam. Sebenarnya tidur betul. Sofea suka main dengan Lola. 

update entri ni dah nak hampir tengah malam...jom tidur...
Read more / Baca Lagi >>>

Cerita Sebenar Mengenai Bibah


Terasa teruja pula nak tengok Cerita Sebenar Mengenai Bibah, sebuah telefilem romantik yang dibintangi oleh Pekin Ibrahim, Siti Saleha dan Tunku Norhanis hasil karya Adibear a.k.a Amirul Hadi dan Mynn Lee. Yang bestnya pula yang Mia paling teruja sebab ada sebilangan blogger yang menjadi pelakon tambahan. Boleh rujuk entri SINI. Nak juga Mia tengok mereka berlakon. Untunglah dah jadi artis sekarang ini.

Lagi sumber : SINI

Bila baca sinopsis telefilem ini, perjalanan cerita nampak macam menarik. Habibah Mansor (Siti Saleha) seorang operator IT yang hebat dan dikatakan "perempuan melayu terakhir". Nak tahu cerita sebenarnya..... jom kita tengok dan tonton di saluran TV9 pada 30 Disember 2013, malam ini jam 8.30 malam.

macam best je....
Read more / Baca Lagi >>>

Usaha Tangga Kejayaan


Mia nak kongsikan kata-kata motivasi yang sentiasa memberikan inspirasi buat Mia selama ini. Usaha tangga kejayaan. 3 perkataan yang terlalu banyak maknanya.

sumber gambar : SINI

Kena sentiasa kuatkan semangat. Jangan mudah putus asa bila menghadapi cabaran. Jangan mengalah bila gagal. Belajar untuk mencuba. Yakin dan pasti boleh buat. Segala impian boleh jadi kenyataan. Yang penting kita berusaha. Tidak kiralah impian apa sekalipun walaupun hanya angan-angan kosong. Walaupun ada yang pandang sebelah mata. Teruskan berusaha. Selepas berusaha, jangan lupa untuk berdoa dan tawakal. Semoga usaha kita beroleh kejayaan. Prinsip inilah yang meniup semangat Mia untuk berblog sehingga sekarang.

boleh tu nanti.... cubalah usaha ya.... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Mialiana.com Top 3 Best Personal Blog Malaysia



Pertama kalinya, Mia nak ucapkan tahniah pada blog Denaihati dianugerahkan “Best Personal Blog 2013” oleh Blogrrr.my seperti yang dinyatakan dalam entri SINI.

Yang paling mengharukan Mia dalam entri tersebut ada juga senaraikan Top 7 Best Personal Blog Malaysia dalam ranking Alexa Malaysia pada 30/12/2013, boleh klik SINI untuk lihat sepenuhnya.

Syukur sangat. Mia berada di tempat ketiga dan Eraz berada di tempat kelima. Bukan senang nak sampai ke tahap ini. Terima kasih sangat-sangat kepada pengunjung blog ini yang sudi bertandang tanpa jemu. 

Kejayaan ini kejayaan anda semua kerana andalah yang mewarnai dan memeriahkan Mialiana.com. Tanpa anda tiada maknalah Mialiana.com ini. Sayang sangat kat anda semua. (^_^)

 penghargaan yang cukup bermakna buat Mia.... hampir mengalir air mata ni....
Read more / Baca Lagi >>>

Protege Pertama Di Bawah Ranking 400 Alexa Malaysia



Tersenyum Mia bila lihat angka ini. Protege pertama Mia tahun 2013, Eraz Fadli telah berjaya sampai ke tahap yang boleh dibanggakan. Kedudukan ranking Alexa Malaysia di tempat yang ke 398 sekarang. Tahniah Eraz...

Sumber gambar : SINI

Boleh semak ranking blog anda di SINI dengan memasukkan URL blog. (^_^). Kalau nak tengok ranking Mia pula klik SINI.

Terasa berbaloi sangat didikan Mia selama ini. Gembira tidak terkata. Syukur alhamdulillah... Finally I did it!

protege 3 dan ke 4 akan diumumkan nanti.....
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen Aktifkan Azam Baru Tahun 2014


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sempena menyambut kedatangan tahun baru, segmen khas ni dibuat untuk penyenaraian azam baru anda tahun 2014 ini. Moga dengan adanya azam baru, segala apa yang dirancangkan, tercapai matlamat. Teringin jugak nak tahu azam baru anda semua. So, jom kita meriahkan segmen ni.

HADIAH:
2 pemenang akan menerima hadiah novel

Senarai azam baru anda sempena tahun 2014:
- peningkatan kerjaya ke gred 41
- sambung belajar secara jarak jauh
- menjadi blogger yang dikasihi dan disenangi ramai

TAMAT: 31 JANUARI 2014

support Yumida...... jommmmm...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, December 29, 2013

Akan Merindui Ahad Selepas Ini



Akan merindui Ahad selepas ini
Hari yang amat dinanti
Hari bersama famili
Hari menguruskan rumah sekali

Akan merindui Ahad selepas ini
Tidak lagi menjadi cuti
Terasa akan kekoknya nanti

Akan merindui Ahad selepas ini
Rutin berubah sama sekali
Harus juga sesuaikan diri
Menyambut Ahad yang baru nanti

hari ini cuti hari Ahad yang terakhir di Johor... layan perasaan rindu dengan puisi.....

Read more / Baca Lagi >>>

Ranking Alexa 29.12.2013


Alhamdulillah, prestasi ranking Alexa semakin meningkat. Syukur sangat. Mungkin sebab Mia tengah cuti dan kebetulan banyak pula idea nak update blog. Ada juga entri yang Mia buat autopublish. Masa yang ada tidak disia-siakan. Rindu sangat pada blogwalking. Jadi, dapatlah Mia berblogwalking dengan gembiranya sambil tinggalkan komen di mana-mana blog yang sempat Mia kunjungi.

Terima kasih juga kepada semua pengunjung blog ini yang tidak jemu-jemu bertandang ke sini. Harapnya agar sudi bertandang lagi pada tahun hadapan, 2014.



Global Rank : 50,640
Rank in Malaysia : 310

sumber : SINI

Klik SINI untuk laporan sebelum ini.

Kalau nak tahu ranking Alexa blog, boleh cuba klik SINI dengan memasukkan URL blog anda.

rekod laporan terakhir di tahun 2013.....
Read more / Baca Lagi >>>

Dilema Nak Komen Bila Berblogwalking


Kadang itu kita ada mood nak komen entri bila berblogwalking ke blog lain. Akan lebih mesra dan rapat dengan tuan punya blog. Tetapi kadang itu ada rasa macam terganggu sedikit bila ada comment moderation yang membuatkan kita terasa macam bengang kerana terpaksa nak masukkan nombor atau perkataan yang tertera bagi mengelakkan comment spamming.


Contohnya macam printscreen di atas ini, nasib baiklah keluar nombor. Senang sedikit Mia nak masukkan. Kalau keluar huruf-huruf yang senget dan tidak jelas, memang payah nak teka huruf apa. Jenuh dan mengambil masa sedikit di samping emosi kita agak terganggu dan mood boleh berubah serta-merta.

Bagus sebenarnya comment moderation, tapi cara yang ini kurang disukai oleh pengunjung blog. Mia lebih suka comment moderation yang komen kita akan dipaparkan selepas diluluskan oleh tuan blog.

Sekadar perkongsian dan pendapat dari Mia. Semua blogger berhak ke atas blog masing-masing. Cuma, Mia nak sentuh sedikit tentang perasaan pengunjung yang kadang kita tidak sedari. Perasaan dan mood pengunjung juga harus diambilkira. (^_^)

inilah dilema utama nak komen entri di blog lain....
Read more / Baca Lagi >>>

Menu Makanan Semalam



Semalam Mia masak kari ayam satu periuk. Kali ini buat pekat sedikit, kononnya nak macam kari mamak. Selepas itu Suami Mia masak ayam goreng. Dah gitu menu makanan semalam lauknya serba ayam. Peti sejuk ada macam-macam. Mungkin semalam, selera makan dan selera tekak macam kuat kepada ayam.

Sofea suka makan ayam goreng. Memang favourite dia. Sama macam dalam cerita kartun Upin dan Ipin. 

Memandangkan masak yang agak banyak kari ayam ini, petang semalam siap hantar ke rumah mertua. 

Oh ya.. Mia ada buat entri pada tahun 2011, cara masak kari ayam di SINI.

pagi ini nak sarapan lempeng, boleh cicah dengan kuah kari ayam.. (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Cara Bayaran BR1M 3.0 2014 : Masuk Ke Akaun Bank Penerima




Cara Bayaran BR1M 3.0 2014 : Masuk Ke Akaun Bank Penerima

Bagusnya cara kaedah pembayaran BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 kali ini yang dijangka akan mula dibayar / dimasukkan terus dalam akaun bank penerima pada bulan Februari 2014. Maklumlah sekarang ini semua urusan sudah melalui online. Jadi, tidak perlulah beratur panjang-panjang seperti tahun ini, 2013 dan tahun lepas, 2012. Amat memudahkan dan menyenangkan rakyat.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan dan sumber di SINI, ia akan dimasukkan ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.

Dimaklumkan bahawa penerima BR1M yang sedia ada tidak perlu  mendaftar untuk kali kedua. Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank secara online.

Jika ingin bayaran dibuat terus ke dalam akaun bank, sila kemaskini / masukkan maklumat akaun bank anda secara online dengan betul di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada Pasukan Bajet 2014 melalui 03-88829089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my

Kepada yang belum lagi berbuat demikian, disarankan agar kemaskini / masukkan butiran akaun bank dengan kadar segera bagi memudahkan urusan pembayaran.

menyokong penuh langkah bijak kerajaan ini...... (^_^)

Entri berkaitan :
- BR1M 3.0 2014 Dilancar Pada 22 Februari 2014
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, December 28, 2013

GST : Perspektif Usahawan Muda


Sambungan dari entri sebelumnya Kesan GST Kepada Ekonomi Malaysia. Entri kali ini akan memaparkan slide presentation pembentangan yang terakhir, GST : Perspektif Usahawan Muda oleh Encik Seng Tat Leong, Timbalan Presiden Eksekutif dari Junior Chamber International semasa Persidangan Meja Bulat : Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sila klik pada gambar untuk besarkan.












Maklumat yang dipaparkan sekadar perkongsian penulis dan tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan maklumat dari entri ini. Harap maklum.
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters May 2017