Cara Bayaran BR1M 3.0 2014 : Masuk Ke Akaun Bank Penerima



Cara Bayaran BR1M 3.0 2014 : Masuk Ke Akaun Bank Penerima

Bagusnya cara kaedah pembayaran BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 kali ini yang dijangka akan mula dibayar / dimasukkan terus dalam akaun bank penerima pada bulan Februari 2014. Maklumlah sekarang ini semua urusan sudah melalui online. Jadi, tidak perlulah beratur panjang-panjang seperti tahun ini, 2013 dan tahun lepas, 2012. Amat memudahkan dan menyenangkan rakyat.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan dan sumber di SINI, ia akan dimasukkan ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.

Dimaklumkan bahawa penerima BR1M yang sedia ada tidak perlu  mendaftar untuk kali kedua. Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank secara online.

Jika ingin bayaran dibuat terus ke dalam akaun bank, sila kemaskini / masukkan maklumat akaun bank anda secara online dengan betul di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada Pasukan Bajet 2014 melalui 03-88829089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my

Kepada yang belum lagi berbuat demikian, disarankan agar kemaskini / masukkan butiran akaun bank dengan kadar segera bagi memudahkan urusan pembayaran.

menyokong penuh langkah bijak kerajaan ini...... (^_^)

Entri berkaitan :
- BR1M 3.0 2014 Dilancar Pada 22 Februari 2014

Post a Comment

57 Comments

  1. senang la mcm ni..tq 4 da info kak..nk update utk ayah kte..hee

    ReplyDelete
  2. kalau masok terus ke akaun bank..mmg mudah ..selamat dr beratur panjang...

    ReplyDelete
  3. KAK MIA .. NAK COPY BOLEH ? NAK KREDITKAN KE AKAK :)

    ReplyDelete
  4. tak aciii la... teman tak leh terima BR1M tu.... ini satu diskriminasi... :)

    ReplyDelete
  5. hehehehe.......kite silap xisi acc no nampaknyer kena beraturlah....+++(alasan nak blk kg cuz alamat pun buat kat kg)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum mia...mekacih dgn info menarik ini...:)

    ReplyDelete
  7. ye lagi mudah macam tu. tak perlu bersusah beratur bagai nanti kan....

    ReplyDelete
  8. Semoga bermanfaat kpd mereka yg memerlukan.. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  9. terima kasih kak mia.. sy baru je selesai update info akaun brim saya.. tq diatas link ini..

    ReplyDelete
  10. bagus jugak mcm ni kan.. lebih mudah. :)

    ReplyDelete
  11. SALAM,SYA TAK UPDATE BHAGIAN AKAUN BANK TU CAMNA YER SYA UPDATE MCM BIASA JER BILA SYAA BCA BLOG NI SYA BUKA NK ISI MKLUMAT AKAUN TPI DAH TAK BLEH BUKA..MCM MNE YER

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf ya.. cuba buka link sekali lagi. mia baru saja check link. boleh dibuka

      mungkin masa itu, server under maintenance rasanya. cuba sekali lagi ya.. tq.

      Delete
    2. kak mia....cik pon tak dapat bukak ne :(

      Delete
    3. Ni... kak mia boleh buka la cik puan. Sila guna pc. Kalau guna mobile memang takleh dibuka.

      Delete
  12. Betul juga, kalau yang tak ada akaun bank macam mana?

    ReplyDelete
  13. wohooo...baru cik tahu..
    Bagus lah macam ne.Tahun lalu br1m cik dah di luluskan.tapi tyme tu dah bizi mengundi kan..jadi cik tak dapat lah duit tu..

    ReplyDelete
  14. semua akaun bank ke boleh atau BSN sahaja?

    ReplyDelete
  15. salam..wajib ad akaun bank ke mia?klu wajib kesian laa kt org yg x mmpu nk bukak akaun..

    ReplyDelete
  16. macam mana warga emas yang tidak ada akaun bank,orang kampung dan orang perdalaman..ini ke yang dikatakan tindakan bijak kerajaan?

    ReplyDelete
  17. nampaknya masih ada yg tk paham...pembayaran melalui bank ini memudahkan kita untuk menerima duit ni. mana2 kebanyakan bank di Malaysia ni diterima. jd tk payah lah beratur atau nk dengar ceramah panjang2 lg untuk terima duit ni. bagi yg tk de akaun bank masih lg boleh menerima duit ni tp secara seperti penerimaan brim yg lepas2. kesimpulannya bagi yg tak faham akaun bank ni tidak wajib ada tp jika ada ianya memudahkan kita.

    ReplyDelete
  18. Oic..saya x sempat nak update pasal akaun no akaun tu hehe
    Harapnye msh boleh dptkan :-)

    www.hidayahshaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. Bagi yg tak ada account pula mcm mana..

    ReplyDelete
  20. Bagi yg tak ada account pula mcm mana..

    ReplyDelete
  21. mcm mna plak law yg x kemaskini akaun..still ker x???

    ReplyDelete
  22. yg tak kemaskini akaun bank plak..dpat tak???

    ReplyDelete
  23. Sorry nak tanya, jika utk orang tua yg tak ada akuan & tidak boleh jalan atau pergi ke bank utk buka akuan itu macam mana?

    ReplyDelete