Dah Ambil Dokumen Dan Keputusan Kes Kemalangan

Friday, January 17, 2014

Dah Ambil Dokumen Dan Keputusan Kes Kemalangan

Kata orang penantian suatu penyiksaan. Teruk betul Mia ni. Selagi tak siap, selagi itu tidak tenteram. Kelmarin Mia ada hubungi Pegawai Penyiasat di Balai Polis Skudai untuk menyemak keputusan kes kemalangan dengan lori minggu lepas. Risau juga kalau tak selesai. Beberapa minit selepas itu, pegawai tersebut menghubungi Mia dan mengatakan kes dah selesai dan sudah boleh ambil dokumen yang berkenaan. Terus cepat-cepat beritahu Suami Mia berita gembira ini.

Semalam pagi kami ke Balai Polis Skudai dan mengambil dokumen yang berkenaan termasuk laporan polis pemandu lori itu, rajah kasar kemalangan, gambar dan keputusan kes kemalangan. Agak lama juga menunggu, tetapi tidak mengapa asalkan semuanya lengkap.



klik pada gambar untuk besarkan

Pemandu lori itu telah disaman dengan RM 300 di atas kecuaiannya memandu lori dan kereta Mia dah boleh masuk bengkel esok untuk dibaiki menggunakan insurans lori itu. Memang lambat proses third party claim, nasib baik bengkel yang nak buat kereta Mia ini boleh siap repair dalam masa seminggu. Leganya.

ada hikmahnya Mia outstation ke Melaka minggu depan....

44 comments:

  1. alhamdulillah dah selesai juga akhirnya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..leganya.Saya memang fobia sikit dengan lori2 ni.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah selesai..mmg penantian itu satu penyeksaan kan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...paling syukur masih selamat. Sekrang ni kemalangan je, mesti kes 'pergi'...

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah.. moga segala nya berjalan lancar.. :-)

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH, syukur semuanya dah settle.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. tinggal repair kereta esok... huhuhu... tq ya...

      Delete
  8. syukur... memang akan didenda rm300 org yg cuai itu. sbb leeza pernah kena langgar dr belekang. org tu kena rm300 n ganti rugi.

    ReplyDelete
  9. Salam, nak tanya result kemalangan tu kne tgu bpe lme ye? Lg satu saya keliru, kan ada dua cara utk kita claim insurans. Pertama kita guna 1st party to 3rd party, maksudnya claim dkt insurans kita dulu modal utk repair, nanti insurans kita claim balik dekat 3rd party, cara ni cepat skit, ataupun kedua kita terus claim kpd 3rd party slepas amik accident result. Kalau sy gunakan cara pertama adakah ncd sy akan turun?Hmmmm.

    - keta kena langgar jgk baru2 ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... keputusan tu bergantung pegawai penyiasat sebenarnya. Biasanya 10 hari kalau tanya polis trafik.

      Tentang claim insurans tu... cara pertama mia tak pasti. cara kedua memang pasti ncd tak turun.

      Tentang urusan claim, bengkel yang buat semuanya dan ncd kereta mia tidak terusik.

      Cubalah tanya pada yang lebih arif. Sabar ya.... memang sedih bila kereta dilanggar orang....

      Delete
  10. Lama juga nak tunggu. Nasib baik driver lori nak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. driver lori tu buat laporan polis je... selebihnya pihak bengkel kereta akan uruskan dengan pihak insurans.

      Delete
  11. salam ..nak ambil keputusan kemalagan tu kena bawak ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. mia tak berapa ingat. just cakap sapa pegawai penyiasat dan nombor plat keta. Kalau dah siap nanti dia akan bagi...

      Delete
  12. salam hi kak mia.. nak tanya rajah kasar ngan case result kene beli eh dari balai polis.jumlah berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. memang kena beli. tapi mia tak ingat berapa harganya...

      Delete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.