Kadar Inflasi 2014 Dijangka Naik 3.2 Peratus

Monday, January 6, 2014

Kadar Inflasi 2014 Dijangka Naik 3.2 Peratus


Risau juga ni, apabila Mia belek-belek berita di SINI, mengatakan yang kadar inflasi dijangka akan meningkat kepada 3.2 peratus, paras yang tertinggi sejak tahun 2011. Amat jauh sekali dengan kadar inflasi pada tahun 2013 iaitu 2.1 peratus. Ini berikutan pengurangan subsidi yang mengakibatkan kenaikan harga petrol dan diesel, gula dan tarif elektrik yang terpaksa ditanggung oleh kita semua sebagai pengguna.

Nampaknya memang berita yang agak tidak menggembirakan di sini, penganalisis Alliance Reasearch turut menyatakan jangkaan subsidi minyak akan dikurangkan sebanyak 20 sen lagi pada Jun depan. Ditambah pula degan pelarasan tarif air dan cukai hartanah yang dijangka akan berlaku bakal membantu ke arah kenaikan kadar inflasi pada tahun 2014.

Kita haruslah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku kerana paras inflasi dijangka akan melebihi 3 peratus sepanjang tahun 2014 dengan kemuncak pada paras 3.8 di bulan Ogos ini, yang kemudiannya akan menurun sebelum akhir tahun.

Mungkin akan ada langkah-langkah yang akan dibuat oleh pihak berkenaan supaya kadar inflasi dapat dipulihkan. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

berita yang tidak menggembirakan....

36 comments:

  1. Allah....
    Turun lagi 20sen? Thanks for the info kak mia!!
    Really appreciate it <333
    Betul, sama2 lah kita tunggu dan lihat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ya qilah.... tinggu dan lihat je nanti.... huhuhu..

      Delete
  2. Hopefully janganlah semua barang nak naik harga.=__='

    ReplyDelete
  3. betul tu..harap harap tak banyak la yg naik. sekarang ni kalau gi pasar bawak rm 100 pun kadang kadang tak cukup, so berjimat cermatlah. untuk dirir sendiri. tq kak mia atas info ni

    ReplyDelete
  4. huhu.. kna siap mental fizikal serta poket sekali...

    ReplyDelete
  5. hai... nak naik lagi ke minyak ni... huhuhu... apt...

    ReplyDelete
  6. subsidi akan dikurangkan bermakna harga minyak akan naik, baru minggu lepas harga minyak untuk industri naik......

    ReplyDelete
  7. kalau barangan naik,gaji kenalah dinaikkan jugak..huh!!!

    ReplyDelete
  8. adoi...berharap pihak berwajib akan ambil langkah yang sepatutnya utk atasi masalah ni

    ReplyDelete
  9. kita kene buat persediaan awal, nak tak nak kita pasti kene tempias nya nnt..

    ReplyDelete
  10. iyeepp.. semua naik naik naik dan naik.. semua ada peningkatan cuma gaji je tak naik2, persediaan awl is buat duit dari sekarang.
    www.chempakamohddin.com

    ReplyDelete
  11. skrg ni mmg kt kena berjimat-cermat.. smua brg dah naik...

    ReplyDelete
  12. Alahaiii.....turun lagi ke kak mia..
    ape2 pon kite tunggu dan lihat je lah..

    ReplyDelete
  13. Mudah2an kita semua beroleh jln penyelesaian yg terbaik utk kehidupan kita semua.. aamiin..

    ReplyDelete
  14. harap harap lah ada jalan penyelesaian .

    ReplyDelete
  15. Buat lah simpanan emas walaupun 1gram 1bulan... Insyaallah... Emas kalis inflasi

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.