Tahun Melawat Malaysia 2014

Sunday, January 5, 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014

Wahhh... jangan lupa tahun ini ialah Tahun Melawat Malaysia 2014 ( TMM 2014 ) dengan ertikata lain, Visit Malaysia 2014. Bukan setakat untuk pelancong asing malah pelancong tempatan atau domestik pun digalakkan juga. Pelbagai acara yang menarik disediakan sempena TMM 2014 ini.

Semalam, 4 Januari 2014 telah diadakan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 yang penuh meriah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini adalah kali ke 4, Malaysia menganjurkan Tahun Melawat Malaysia sejak tahun 1990. Tema Tahun Melawat Malaysia 2014 ialah Celebrating 1Malaysia Truly Asia. Pengumuman maskot rasmi Monyet Belanda ( Proboscis Monkey ) dibuat oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. 

Kempen We Are The Host yang bermaksud Kita Adalah Tuan Rumah telah diperkenalkan bagi menaikkan semangat dan peranan setiap orang untuk menjadi tuan rumah yang hebat.

Sumber : SINI

Mia pun belum habis lagi melawat seluruh Malaysia. Boleh merancang percutian nanti bersama keluarga. Kena sediakan bajet dulu takut terlebih belanja pula di saat kita semua sedang berjimat-cermat untuk meneruskan kehidupan di tahun 2014.

sayang dan cintai Malaysia...

32 comments:

  1. Huhu betul tu kak mia, satu malaysia ni tak lawat lagi ehehe.
    :D

    ReplyDelete
  2. betul tu kak mia bajet tu penting kan..hehe

    ReplyDelete
  3. nk pusing srawak ni bg abes sblum grad..hehe..

    ReplyDelete
  4. malaysia la best ! nikmati apa ade di Malaysia sblum nak g ngra lain kann

    ReplyDelete
  5. ye betul...tahun ni baru je pasang azam untuk kurangkan perbelanjaan percutian memandangkan segala2 perkara yang 'NAIK'

    ReplyDelete
  6. saya ni semenanjung pun belum habis jelajah..

    ReplyDelete
  7. tak habis jalan lagi satu Malaysia.......

    ReplyDelete
  8. Lama giler rasanya tak pergi bercuti..

    ReplyDelete
  9. Harap harap tahun ni lebih banyak masa melawat malaysia.Tak habis jelajah 1 Malaysia lagi =__='

    ReplyDelete
  10. "We Are The Host" sama-sama kita support langkah ini melalui alam maya ini..

    ReplyDelete
  11. Sarawak pun sy sendiri tak habis jelajah lagi kak mia.. inikan pulak satu Malaysia. hehe

    ReplyDelete
  12. Negeri sndiri pun tak pergi semua lagi .

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.