Farrel Steak House Di Bangi Gateway

Isnin lepas semasa perjalanan balik ke Johor dari Kuala Lumpur, Mia dan Suami Mia singgah makan tengahari di Farrel Steak House di Bangi Gateway. Keluar tol Bangi, nampak bulatan... memang nampaklah Bangi Gateway. Senang nak cari.

Kebetulan pula, kawan sekolah Mia, Dr. Masrynnawati pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pun join sama. Memang best sangat dapat jumpa dia. Sejak tamat persekolahan belum pernah jumpa dia lagi.

Farrel Steak House ini sebenarnya baru dibuka pada 1 Mac 2014 dan dimiliki oleh kawan blogger lama Mia, Zulfakar.

Jom tengok gambar...

Dengan Zulfakar di depan Farrel Steak House.

Suami Mia dengan Zulfakar dan isterinya.

Dengan Dr. Mas.

Air durian belanda, asam boi dan nescafe ais.

Farrel Tiger Prawn
RM 20.00 (4 ekor)
RM 50.00 (10 ekor)

Farrel Special Combo (Lamb Chop)
RM 17.00

Chicken Cordon Bleu (Chicken chop dengan sos istimewa)
RM 10.50

Fish n Chips
RM 9.50

Habis licin makan semuanya.

Memang sedap... sedap dan sangat sedap makan western food kat sini. Tempat makan yang best. Harganya murah setanding dengan rasanya yang ummmpphhh dan power ni. Senang-senang jemputlah singgah sini untuk menjamu selera.

Oh ya! Ada informasi yang ingin dikongsikan oleh Farrel Steak House ini. Menarik sangat ni...

TM akan menaja lintas langsung perlawanan arsenal menentang chelsea di saluran Astro Supersport HD pada hari Sabtu 22 Mac 2014 dengan memasang skrin gergasi setinggi 15 meter di Farrel Steak House jam 8:45 malam. Ada juga aktiviti seperti score goal terbanyak, masa terbaik dan banyak lagi di hadapan Farrel Sreak House pada petang itu dan hadiah juga ditaja oleh TM.

TM juga menjemput artis undangan seperti KAKA Zainal dan pemain bola sepak negara Wan Zack Haikal untuk memeriahkan lagi program di Farrel Steak House pada hari tersebut.

Pengunjung terawal juga berpeluang mendapat voucher makanan yang disediakan oleh TM dan boleh ditebus serta-merta pada malam itu juga dengan menu seperti steak, pasta atau apa sahaja di Farrel Steak House. Wahhh... bestnya.... 


jom kita singgah.... (^_^)

Post a Comment

42 Comments

  1. td kak mia g bangi ke?awat xhabaq?iman pon dok bangi ni

    ReplyDelete
  2. Wah!! Aku tumpang sama ... thanks juliana... thank u farrell for the food. The lamb was superb!!


    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya.. thanks sudi jumpa aku kat sini... terlepas juga rindu kat ko..

      Delete
  3. Bangi Gateaway ni tmpt baru sangat. Menu udang tu menarik, Mia. Insyaallah ader rejeki nak terjah..

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau dapat voucher tuh..bolehlah order ikut kehendak..hehehe,

    ReplyDelete
  5. New place....sure makanannya sedap...

    ReplyDelete
  6. makan steak lagi... hmmmmm.... tadi baru timbang... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... wafa... bila bab makan, lupakan soal timbang2 ni... heheheh..

      Delete
  7. Eh... X mahal mana la mknn dia.. Blh cuba nih...

    ReplyDelete
  8. Sedapnyee..... insyaallah nnti nak try lah.. ^_^

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah sedap dan menyelerakan dengan harga yang berpatutan....menarik !!!

    ReplyDelete
  10. Price is reasonable and portion is quite big!

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. memang ok sangat... makanannya pun sedap.. berbaloi..

      Delete
  12. nampak sedap tu kak.. lagi-lagi Farrel Special Combo.." ai is suke" ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. wahhh. dah terjangkit ai is nampaknya.... heheheh

      Delete
  13. alamak kak sedapnya..kalau la dekat :)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Kak Mia...tengok gambar makanan tu dah tau memang sedap jer kan Kak Mia..

    ReplyDelete
  15. wow..menu yang sedap² tu.haruslah licin makan..

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum mia...sedapnya tengok mlm2 ni rasa lapar la pula...:)

    ReplyDelete