Fractional CO2 Laser Skin Resurfacing Treatment

Monday, August 18, 2014

Fractional CO2 Laser Skin Resurfacing Treatment


Bersambung kisah dari entri SINI. Memanglah kali pertama memang akan ada perasaan takut. Tak banyak, sedikit pun tetap ada. Namun digagahi juga diri ini untuk menjalani rawatan Fractional CO2 Laser Skin Resurfacing Treatment.

Penerangan ringkas tentang konsep rawatan

Ianya menggunakan tenaga mikro laser yang akan memecahkan tisu kulit melalui epidermis ke dalam dermis. Proses penyembuhan semula jadi badan akan menghasilkan tisu baru yang sihat untuk menggantikan kawasan tisu yang terjejas akibat terkena laser, dan ini akan menyebabkan warna parut semakin pudar dan tekstur kulit menjadi lebih sekata. 

Sebelum rawatan






Muka Mia dibersihkan terlebih dahulu dan kemudian disapu dengan anaesthetic cream @ krim kebas. Kemudian, dibiarkan selama setengah jam supaya benar-benar kebas.

Semasa rawatan




Rawatan dibuat dengan laser pada permukaan kulit muka di bahagian yang bermasalah. Mata ditutup dengan google khas sebagai langkah keselamatan. Memang agak sakit sedikit rasanya macam kena gigit semut. Tak perlu risau, sakitnya tak sesakit yang dibayangkan pun. 

Selepas rawatan

Muka di sapu dengan krim pelembap bagi melegakan keradangan kulit muka akibat laser. Muka nampak agak merah sedikit. Penjagaan kulit muka selepas rawatan amat penting dengan mengenakan krim pelembap dan sunblock yang betul supaya kulit tidak terlalu kering.  Ada tempoh downtime yang harus dijaga rapi atau rasa ketidakselesaan pada kulit muka dalam tempoh 6-10 hari selepas rawatan bagi pemulihan sepenuhnya kulit muka secara semulajadi. Memang kena banyak bersabar sebab tidak boleh pakai make up atau bedak dalam tempoh ini.







Kos rawatan
Tidak dinafikan kos rawatan agak mahal namun amat berbaloi dengan hasil yang ternyata memberansangkan. Kos atau harga untuk satu sesi / rawatan ialah RM1500. Tetapi jika anda benar-benar berminat dan ingin membuat rawatan ini secara berterusan, dicadangkan agar mengambil harga pakej promosi iaitu dengan membeli 4 kali sesi rawatan bernilai RM6000, anda akan mendapat 2 kali sesi dengan percuma. Lebih menjimatkan.

1 sesi rawatan  = RM 1500
4 sesi rawatan + 2 sesi percuma  = RM 6000






Premier Clinic
Address: No.31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur.
Contact No: +603 – 7732 5552 / +6012 -6625 552
Email: contactus@premier-clinic.com

cantik secara semulajadi...

20 comments:

  1. assalamualaikum mia....akan lebih cantik n berseri2lah wajah mia nanti...:)

    ReplyDelete
  2. rasa ngeri juga ya kak..tak pernah lagi lya rasai

    ReplyDelete
  3. lepas ni gorgeous lah akak kita...he he he...

    ReplyDelete
  4. Kalau berkemampuan tak salah nak manjakan diri dgn rawatan ni smua... ;)

    ReplyDelete
  5. Cantik bila selalu manjakan diri dengan rawatan ni..

    ReplyDelete
  6. Wah wah wah lepas ni lagi la meletopppp hehehe ..makin berseri2 la nanti

    ReplyDelete
  7. Wow terbaiklah!!! Lepas buat rawatan laser skin resurfing treatment INI pasti muka berseri-seri bertambah Gojes...boleh but bayaran installments tak buat rawatan laser ini ?

    ReplyDelete
  8. Wow, very great technology for beautification!

    ReplyDelete
  9. makin cantik la kak mia ni nanti kan...hehehe..bestnya klu dapat buat rawatan tu kak...

    ReplyDelete
  10. Wah... Terbaik!!! Bkn sng dpt peluang n
    Tu kan..

    ReplyDelete
  11. nampak jugak perubahan kulit muka akak tuh

    ReplyDelete
  12. Jalan2 cari info..

    Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.