image Lauk Sayur Jantung Pisang - Mia Liana

Tuesday, September 20, 2016

# Dari Dapur Mia

Lauk Sayur Jantung Pisang



Sesekali bila ada jantung pokok pisang dari kebun, bila dibuat lauk pun sedap juga. Dah lama Mia tak makan. Balik kampung raya haji tempohari baru dapat merasa.

Untuk dibuat lauk, bahagian luar kulit jantung pisang yang keras itu perlu dibuang. Kemudian barulah direbus sehingga empuk. Air rebusan dibuang dan jantung pisang boleh dimakan begitu saja macam dibuat ulam atau dijadikan lauk. Selalunya keluarga Mia buat masak kari. Jadilah lauk sayur jantung pisang kari.

Kalau kat bandar Johor Bahru jarang sangat nak nampak lauk kampung ni di gerai makan. Apatah lagi nak masak sendiri.. huhuhu.. jawabnya kena pergi cari kat pasar.

 sedapnya...


Blogger dijemput join :
Klik SINI


10 comments: