Event Majlis Ramah Mesra Kelompok Pengusaha Nanas Negeri Johor


Sebenarnya awal bulan September 2017, Mia agak sibuk sedikit dan terlibat dalam persiapan untuk event Majlis Ramah Mesra Kelompok Pengusaha Nanas Negeri Johor bersama YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 14 September 2017 di Pusat Pengumpulan Nanas, Kelompok Parit Ghani, Simpang Renggam, Johor.

Mia buat design untuk kad jemputan, buku program, banner dan bunting. Nampak macam simple tapi sebenarnya agak kritikal bila melibatkan protokol kerana ianya mencerminkan imej event ini di mata luar.

Makanya... terhasillah design ini.....


Untuk banner 20' x 10'


Untuk banner 15' x 3'

Untuk bunting 2' x 5'


Alhamdulillah.. majlisnya berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua yang terlibat. Syukur sangat, design Mia nampak cantik lepas siap printing.


Majlis Ramah Mesra Kelompok Pengusaha Nanas Negeri Johor Bersama YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani di Kampung Parit Ghani Simpang Renggam Johor. YB Menteri telah berpeluang bersarapan bersama pekebun serta turun ke ladang bagi memetik buah dan menaiki 'ceketeng' ke pusat pengumpulan bagi melihat aktiviti penggredan sebelum buah dipasarkan. Seramai hampir 600 orang hadir ke majlis ini yang terdiri daripada para pekebun dan pengusaha nanas dari 19 buah kelompok di seluruh Johor di samping kehadiran masyarakat dan penduduk kampung setempat. Kelompok pengusaha nanas negeri Johor merupakan kelompok terbesar dalam negara, terdiri daripada 700 orang peserta dengan keluasan 2,024 hektar (5000 ekar). Kelompok pengusaha nanas Parit Ghani merupakan antara kelompok paling aktif, melibatkan 48 orang peserta dengan keluasan 86 hektar (212 ekar). - Fanpage LPNM






#KementerianPertanianIndustriAsasTani
#moa #ourfoodourfuture #nanas #pekebun 
#lpnm #lpnm60tahun #paritghani


** mood syukur....


Post a Comment

3 Comments