image Menang Tempat Pertama Pertandingan Persembahan Koir Kat Sekolah - Mia Liana

Thursday, September 28, 2017

# Family Matters

Menang Tempat Pertama Pertandingan Persembahan Koir Kat Sekolah


Syukur sangat. Semalam petang ada pertandingan persembahan koir antara kelas di sekolah rendah Sofea. Kelas Sofea ada ambil bahagian. Hampir dekat 2 minggu kelas Sofea buat latihan.

Balik saja sekolah petang semalam, Mia nampak Sofea tersenyum lebar dari jauh. Terus cakap... "Mummy kelas Sofea menang nombor satu. Sofea rasa terharu sangat sampai nak nangis". Mia peluk dia. Alhamdulillah... usaha keras dia membuahkan hasil. Siap berlatih dengan gaya sambil nyanyi lagu Keranamu Malaysia dan hafalkan lirik kat rumah.


Malam tadi, cikgu dia hantar video persembahan kat whatsapp group. Tersentuh hati Mia tengok persembahan Sofea dengan rakan-rakan sekelas.


** pengalaman pertama Sofea... masuk pertandingan persembahan koir...


10 comments: