image Resepi Ayam Masak Kurma - Mia Liana

Friday, September 1, 2017

# Dari Dapur Mia

Resepi Ayam Masak Kurma



Juadah hari raya haji tahun ini, salah satunya ayam kampung masak kurma. Kena masak lama sedikit sebab nak empukkan ayam kampung. Kalau guna ayam bandar, tidaklah lama nak masaknya. 

Mia kongsikan di sini resepi ayam masak kurma yang mudah dari Ayah Mia. Sukatan untuk ½ ekor ayam masak kurma.

Bahan-bahan :
½ ekor ayam
3 biji kentang
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
1 biji bawang besar
½ cawan pati santan
2 sudu besar kerisik
Sedikit bawang goreng
2½ cawan rempah kurma
1 cawan minyak sapi
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)

Bahan Kisar Halus :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam

Bahan Tumis :
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar
¾ camca teh jintan manis
¾ camca teh jintan putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 biji cengkih
3 biji buah pelaga

Cara nak masak :
  1. Satukan rempah kurma dengan bahan kisar halus dalam satu bekas.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan minyak sapi sehingga larut.
  3. Masukkan bahan tumis dan tomato ke dalam periuk sehingga tomato layu.
  4. Masukkan rempah kurma + bahan kisar halus ke dalam periuk sehingga garing.
  5. Masukkan ayam, bawang goreng dan kentang. Tuang air secukupnya dan biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan kentang sehingga empuk.
  7. Masukkan santan, lada, garam dan gula sehingga masak.

Kalau ada daun salam, masukkan 4 helai sebagai penyedap rasa.


** selamat mencuba.....



4 comments: