Pajak Gadai Ar-Rahnu CO-OPBANK PERSATUAN


Perkongsian dari brochure yang Mia terima. Informasi tentang Pajak Gadai Ar-Rahnu CO-OPBANK PERSATUAN.

Jom tengok...


- Harga Emas Lebih Tinggi
- Wang tunai 70% daripada nilai emas
- Menerima semua jenis gold bar, wafer dan dinar, barang kemas emas dan emas bergeronggang

* tertakluk pada terma dan syarat


Syarat-Syarat Dan Peraturan
  • Terbuka kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas. Gadaian barang kemas yang diterima mempunyai mutu-mutu emas seperti 24.0 karat, 22.8 karat, 22.0 karat, 21.0 karat, 20.0 karat dan 18.0 karat
  • Jumlah maksimum bagi setiap gadaian adalah 70% dari nilai emas (marhun). Setiap penggadai boleh menggadai maksimum RM25,000 sehari. Jumlah terkumpul gadaian maksimum ialah RM100,000 seorang


Hmmm.. menarik ni. Tempoh gadaian fleksibel  maksimum 6 bulan dan boleh dilanjutkan selama 6 bulan lagi. Barang gadaian dijamin selamat kerana ianya dilindungi Takaful Emas Ar-Rahnu. Yang best sekali, bab upah simpannya juga rendah iaitu RM 0.60 sebulan untuk nilai marhun kurang dari RM1,000 dan RM0.70 sebulan untuk nilai marhun lebih dari RM1,000.

Kalau terdesak dan perlukan tunai segera, bolehlah gadai barang kemas atau emas di sini.

Cawangan Ar-Rahnu
CO-OPBANK PERSATUAN

Johor Bahru
Tel : 07-2446650

www.bankpstn.com.my
info@bankpstn.com.my


** emas.. oh.. emas...


Entri berkaitan :
- Pajak Gadai Pos ArRahnu | Kemudahan Pinjaman Bercagarkan Emas


Post a Comment

5 Comments

  1. Barang yang dipajak gadai tu kalau tak dituntut ke mana ya kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah melebihi tempoh 12 bulan barang akan dilelong. (Setelah ke semua notis pemberitahuan diberikan kepada penggadai dan tiada sebarang maklumbalas daripada penggadai).

      Delete
  2. Kira macam bank masa terdesak nieh.... hehehe

    ReplyDelete