image Projek Menjahit Di Hujung Minggu - Mia Liana

Monday, 21 May 2018

# Family Matters

Projek Menjahit Di Hujung Minggu


Projek menjahit di hujung minggu. Hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Bertambah lah aktiviti Mia di rumah ini. Rasa gembira dapat buat sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah... azam Mia tahun ini hampir tercapai. Bersambung dari entri SINI. Nampaknya bakal membuahkan hasil. Bermula dengan memotong kain untuk baju kurung Sofea. Ada juga tersalah potong beberapa pesak. Mungkin sebab pattern bunga menaik. Tu yang tersilap masa memotong. Namun digagahi juga. Part tebuk lubang kepala pun agak rumit juga. Tapi berjaya dibuat. Lepas siap jahit, Mia hantar jahit tepi kain. Dah 90% siap.. sepasang baju kurung Sofea sekarang ini. Tinggal nak kelim dan lipat bahagian bawah dan tangan baju Sofea serta tikam leher baju. Dah lama betul tak tikam, harap masih ingat lagi.

Antara gambar yang sempat Mia snap.... 







Memandangkan ada tersilap potong kain semasa nak potong baju kurung Sofea, jadinya kain itu tak cukup untuk Mia buat baju kurung. Bila dikira-kira... hanya cukup untuk buat jubah. Makanya tengah belajar buat jubah yang simple. Harap menjadi jubahnya.


** mood menjahit sendiri...


20 comments:

  1. Tak sangkah kak.mia hebat dalam ilmu menjahit

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk.. takde la sangat... buat untuk sendiri je..

      Delete
  2. Replies
    1. nasib masa sek men dulu tolong mak jahit baju raya...

      Delete
  3. ingat2 lupa bila dah lama kan. tak sabar nak tengok hasil

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. nanti dah siap mia akan update ke blog..

      Delete
  4. wau bestnya mia pandai menjahit laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pandai sangat sebenarnya.. tapi cuba juga...

      Delete
  5. wah pandai menjahit, jimat belanja.. upah menjahit sekarang pun boleh tahan juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. faktor terpenting nape mia mula jahit semula...

      Delete
  6. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak dah berjaya dah tu kak Mia. Tak sabar nak tengok jubah tu siap

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia...x pe bila silap mia janji boleh jadi juga akhirnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... haah mama.. yang penting boleh dipakai...

      Delete