Hadiah Follower Bertuah Yang Ke 999 Telah Diposkan


Hmmm... Baru hari ini Mia berkesempatan untuk poskan hadiahnya. Tadi waktu semua kaum lelaki sedang solat Jumaat, Mia telah pun pergi ke Nation Wide. Mia juga telah sms kepada Kokus tentang penghantaran ini. Dijangka esok akan sampai lah ke Pulau Pinang.

Mesti tertanya-tanya kan? Hadiah apa lah kat dalam kotak yang comel ini. Rahsia.... Ishhh! Tak boleh beritahu lagi. Biar Kokus buka dan ambil gambar dengannya. Diharap Kokus dapat menerima hadiah  yang tak seberapa ini daripada Mia. Risau juga, mana tahu .. takut tak suka ke...

Seperti yang telah dipersetujui, diharap Kokus dapat bergambar bersama hadiah dan emelkan kepada Mia. Oppss! Jangan lupa, ucapan ringkasnya sekali untuk dimasukkan dalam entri Mikro Kokus - Follower Bertuah Yang Ke 999.

Pelik ke tiba-tiba je Mia umumkan Follower ke 999?  Lagipun Mia tak war-warkan pun dalam blog ini. Saja nak buat kejutan sedikit.

Apa-apa pun teruskan melawat blog Mia yang tak seberapa ini. Semoga perkenalan dan persahabatan yang kita jalinkan di dunia blogging ini akan berterusan.

Post a Comment

8 Comments