Hmmm... bagus Cik Shida ni. Semakin lama semakin maju ke hadapan. Sekarang dah ada blog. Mia tadi cuba tengok Facebook (FB) dia. Saja je, baca-baca apa yang patut. Tetiba terpandang perkataan blogspot. Bila perhati betul-betul, rupanya cikgu yang glamour ni dah ada blog sendiri. Wah! Apa lagi Mia pun terjah lah blog dia...


Jom kita sama-sama terjah blog dia... di My Miming Art Videos. Welcome to Blogging World! Mia dah follow blog dia sebagai follower yang ke 63. Masih belum ramai yang tahu tentang blog dia ni. Setakat ni follower pun belum ramai lagi. Biasalah kan... blog baru... nanti dah lama-lama ramailah tu. Kat FB memang lah dah beribu riban...


Mia respect betul kat Cik Shida ni. Bukan senang nak buat video sendiri. Bergantung kepada prop yang sediada. Kreatif dan inovatif. Syabas ya Cik Shida! Secara peribadi Mia nak ucapkan tahniah dan keep it up!

Terkini dari FB Cik Shida... hmmm agak-agak apa ya? Mia kagum dengan semangat kentalnya. Dahsyat Cik Shida ni... bakal nak di interview oleh wartawan dan masuk televisyen...  Tuan ayam pada kakinya, tuah manusia siapa yang tahu...
 
p/s : Sebelum ni Mia ada buat entri dalam Cik Shida Dari Parit - The Art Of Miming. Jemput-jemput lah baca...