image Cik Shida Dari Parit - The Art Of Miming - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Thursday, 2 December 2010

# Entertainment Matters

Cik Shida Dari Parit - The Art Of Miming


Hmm... ramai blogger dah bercerita tentang Cik Shida yang famous ni. Ada juga yang respon positif dan ada juga respon negatif. Mia paling suka tengok video mimingnya yang CIK SHIDA BER'MIMING' # 13 (VOL.2) - 'Kalau Berpacaran' by Sohaimi Mior Hassan . Ramai betul yang tengok sebanyak 161,509 views setakat ini. Video-videonya diupload dalam YouTube. Tapi sayangnya dia dah tutup ruangan komen dan videonya tidak boleh diembed ke tempat lain. Demi menjaga privasi dia rasanya.

Apa pun Mia sebenarnya terpegun dengan bakat Cik Shida ni. Mia memang minat muzik dari kecil lagi, sebab itu kat rumah selalu menari dan karaoke. Tapi tak terfikir pula sampai ke tahap Cik Shida. Cik Shida ni berbakat besar. Kalau jadi pelakon dan pelawak memang jadi. Susah nak ada bakat yang macam ni. Memanglah mula-mula ramai yang kritik sebab belum pernah ada orang yang buat macam ni. Kerja-kerja seni macam ni harus dihargai. Kita ambil la dari sudut positif. 

Dulu masa Neil Armstrong nak pergi bulan, semua orang kata dia gila. Begitu juga dengan saintis Albert Einstein yang banyak membuat inovasi dalam bidang fizik. Memang jauh kalau nak dibanding dengan Cik Shida. Tapi secara tak langsung Cik Shida ni telah menghasilkan karya seninya di dalam arena muzik ini. Terkenal seluruh dunia melalui Facebook dan YouTube sahaja. Mia tak pasti, rasanya Cik Shida tiada blog sendiri. Betapa dahsyatnya... respect kat Cik Shida ni makin lama makin best videonya. Cara make-up, miming dan video editing. 




Bukan senang nak buat video yang macam ni kalau buat seorang. Teknologi IT sekarang ni dah berkembang maju Cikgu Bahasa Inggeris  opppss Cikgu Muzik pun boleh buat video sendiri. Tahniah!


p/s: jangan marah. ni pandangan ikhlas mia terhadap cik shida.

36 comments:

  1. tahniah cik shida. dia tak sia-sia kan bakat yang dia ada :)

    ReplyDelete
  2. leh jadi pelakon cikgu shidah nie , mana tau ade pengarah yg offer nanti

    ReplyDelete
  3. Cikgu SHida...cikgu SHida.....awok 1st time tengok agak menyampah dengan video klip yang die buat.....tapi lame2 awok hargai kekreatifan die..... teghuihkan cikgu shida,..

    ReplyDelete
  4. at least dia tak malu nak tunjukkan bakat yang dia ada..

    ReplyDelete
  5. betoi tu Mia...cuba kita pandang sudut positif..ramai sangat yang suke memberi pandangan yang agak kureeeennggg..Even she's a teacher...dia berhak berlawak...tak kisah lelaki atau pon perempuan...now on..Perempuan lebih maju dari lelaki eh...??
    Rowan Atkinson (Mr.Bean) is educated person from Oxford tau...boleh je dia buat lawak sampai ada ramai peminat..ini baru Cikgu SHida..pangkat cikgu je pon..
    Anyway..this is my Opinion..harap dia boleh jadi yang terbaek lah lepas ni...ekekek..^^'

    ReplyDelete
  6. adesss ape2 pon dia besh klaka pon ada ehehe

    ReplyDelete
  7. Akak sekadar memberi pandangan dari kacamata seorang guru..... Akak akui yg cikgu Shida mempunyai bakat tapi cara tu agak kurang manis kerana guru sepatutnya berusaha menjadi contoh kepada anak-anak didiknya.... Jgn samakan dgn celebriti barat.... kerana cikgu Shida beragama Islam dan perempuan....Budaya kita jauh berbeza. Bakat yg ada boleh digunakan tapi biarlah berpada dan sopan....

    Jangan kita terlalu mengagungkan hiburan...
    Jangan lahirkan ramai lagi cikgu Shida dalam bidang pendidikan.... kerana mahukah kita anak-anak kita dididik oleh seorang cikgu seperti itu??? Tepuk dada tanya selera.... Sekadar pandangan... maaf kalau ada yang terasa.

    ReplyDelete
  8. tue la sis...hebat kan teacher shida nie..ifa kagum gle die pandai edit video nie..hihi..tp tue la..yg xbestnye..die ialah seorg guru..erm..kalu pun nak release tension..buat la benda lain kan...

    ReplyDelete
  9. sungguh berbakat..kak mia, n3 sy seterusnya dpt idea dari kak mia ni...xper yer..kasi backlink kt kak mia

    ReplyDelete
  10. ye..
    mmg ade +ve dan -ve.
    +ve nye...dye ok la.ade bakat.

    tapi...yg xeloknye..
    mcm xelok la..malu.ade laki yg kutuk2.
    letak title cikgu lak 2...
    malu betul cikgu mcm 2..
    sy sebagai bakal cikgu
    rasa malu dowh..



    btw..

    visit n do folo me yeah!

    http://owlkieranaa.blogspot.com/

    tq~

    ReplyDelete
  11. yew kak mia..
    fatin pun suka tgk video tu..
    siap mama ngan maksu fatin keja dok nyanyi lagu tu kat umah lepas tgk video tu hehe

    fatin kagum ngan ckgu shida...
    pandai dia wat video berpacaran tu..
    menarik sangt bila tgk..
    payh kowt nak tukar2 pakaian mcm yang dia lakukan..

    ReplyDelete
  12. ehm...suka gak tengok cikgu shida yg miming yg tak ada slack langsung. mcm betul ja.

    tp tu la, masing2 ada pandangan sendiri. Bgi saya, klu pun cikgu shida nk miming ke apa, aurat tu kena jaga. dlm lgu kalau berpacaran tu, ada nmpk rambut cikgu shida sikit.

    ReplyDelete
  13. pernah juga tengok. dia mmg kelakar.... :)

    ReplyDelete
  14. haha. cikgu ni mmg berbakat besar. boleh jadi ratu lawak lah lepas ni. :)

    ReplyDelete
  15. akak pun kalau tak malu..nak jugak buat macam cikgu shida tu...

    ReplyDelete
  16. ade prO n kOntra ttg acting chegu shida nie..

    ReplyDelete
  17. Terima kasih di atas komen-komen yang diberikan. Wah! dahsyat betul ya.. penangan dari Cik Shida ni. Setiap orang ada persepsi masing-masing tentang cik shida. ada positif dan ada negatif... Cik Shida pula berhak untuk mengisi cara hidupnya sendiri selain dari mengajar...

    ReplyDelete
  18. sokong comment Fuziana JSR
    cuba awak search you tube tengok cara MOYMOY PALABOY dari Filipina
    sebenarnyer nie la cara miming yang paling lawak dan terkesan
    cikgu shida nak tiru dia but x jadi- dia nampak bodoh bukan lawak sebenarnyer...
    sorry to say
    MY RECENT POST: Pelaburan baru dalam AHB ?

    ReplyDelete
  19. @.::: Princess MOMOY :::. terima kasih.. mia dah tengok moymoy palaboy tu, memang best dari rakaman video di rumah kepada komersial video di studio.. dah jadi artis terkenal dan pelawak yang digilai ramai.. siap ada fan page di facebook dan web sendiri.

    ReplyDelete
  20. yup...momoy pun suke tgk time dia mula2 wat miming kat rumah ngan background dapur and auntie dia yang tengah masak
    d'all popular sampai ke mexico sbb suka miming lagu mexico juga - tapi webcam ngan studio sana la
    -sekarang siap ader album lagi tapi still maintain background dapur and org2 kat belakang.
    best kan ?!
    MY RECENT POST: Pelaburan baru dalam AHB ?

    ReplyDelete
  21. @.::: Princess MOMOY :::. ya.. memang best sangat.. sweet je diorang miming lagu lady gaga.. leh jadi pelawak antarabangsa...

    ReplyDelete
  22. bee pun suka dia..entah kenapa ramai orang tk suka dia

    ReplyDelete
  23. @Fuziani JSRhye akak..hurm...okey la pandangan akak tu....tp org putih ramai jugak yg bijak pandai wat menda2 bodoh..tp sume org accept je....cthnya mr bean.... kaya raya dah...sbb kita dari kecik dok tgk...kita tgk ape yg dia boleh buat...tibe2 dia jadi kaya raya...mmg gigit jari la tgk....:)..sory..

    ReplyDelete
  24. @.::: Princess MOMOY :::. princess cikgu shida baru mula dalam bidang ni... kalau bukan org mlysia nk suport sape lg...nak harap org luar tak dpt la skrg ni.... belilah barangan buatan malaysia..cewahh

    ReplyDelete
  25. sume video dia aku tak boleh tengok. geli semacam je. lagi satu, goyang2 bahu macam sindrom down daaa.. ikhlas dari aku.. kuikuikui

    ReplyDelete
  26. @fara feroza
    bukan x nak support. Tapi dia mmg over sgt laa dear.
    Ader tgk youtube dia untuk suma hater teacher shida. dalam tu dia sendiri ngaku dia tiru idea miming tu dari orang lain (even dia x cakap siapa- tp kami suma tahu)
    lihat dulu...
    prob nyer org len buat nampak lawak tapi dia buat nampak mcm bodoh2... sorry sgt2 ayat ku ini... jujur sgt.
    tapi x dinafikan makin lama video cikgu shida ada improvement.
    cuma tetap nampak kurang manis.
    no hard feeling dear

    ReplyDelete
  27. @.::: Princess MOMOY :::. mungkin sebab dia perempuan. tu yang ramai susah nak terima. tapi bagaimana pula dengan penyanyi perempuan yang juga bertudung sambil menyanyi dan menari? pelakon wanita pun sama. dulu memang tidak diterima masyarakat, tapi sekarang ok je. macam yuna, waheeda, wardina, dan ramai lagi..

    ReplyDelete
  28. Yang lain mebi sebab x nampak terkinja-kinja - sopan sket
    yang nih memang nampak kurang manis la.
    Malaysia masih lagi negara yg kuat adat/ budaya ketimuran , sebab tu org malaysia susah nak terima kebanyakkan nya...pendapat momoy

    ReplyDelete
  29. yelah...artis ade yg bertudung dan menari menyanyi.. sebnarnya ade aje yg terkinja2...tapi sebenarnya dan kebenaranya...CUBE KALAU CIK SHIDA TU CANTIK macam heliza...memang ramai tak kisah dia wat cam tu..sbb takde la terkinja2... sbnarnya malaysia ni terlalu mementingkan kecantikan seseorg artis tu..:)

    ReplyDelete
  30. salam,

    apa nama blog cikgu shida ni? suka tgk miming sbb nampak real betul!

    ReplyDelete
  31. @Captain ni blognya..
    http://cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com/

    ReplyDelete