Lauk Kegemaran : Kentang Goreng Masak Kicap

Inilah lauk kegemaran Mia. Masa mengandungkan Sofea, asyik makan ini sahaja. Memang sedap dimakan panas-panas bersama nasi. Sungguh menyelerakan. Kentang goreng dimasak kicap. Memang dari kecil memang suka makan ni. Boleh juga dimakan bersama roti. Masakan simple ini mudah hendak disediakan.

Mula-mula goreng kentang dahulu. Lepas itu, toskan minyaknya. Kemudian goreng ikan bilis, bawang putih dan bawang besar hingga garing. Tambahkan garam secukup rasa. Masukkan pula kentang yang dah digoreng tadi. Gaul rata dan tambahkan kicap. Ikut suka nak banyak ke sedikit. Terpulang... Akhir sekali, hidangkan di dalam mangkuk. 










Hmmmm.... sedapnya bau.... jom makan...

Post a Comment

13 Comments

  1. kalau niesz mkn mcm tu je..xsempat nk letak kicap da..hehe..

    ReplyDelete
  2. baru semalam masak camni..bezanya saya masak telur sekali

    ReplyDelete
  3. Sedapnya! miza selalu buat sambal. letak kentang goreng sekli ikan bilis. nak cuba masak kicap pulak lah. hihihi :)

    ReplyDelete
  4. nak try buat laa..mcm sedap jee..terliur laa plak! =)

    ReplyDelete
  5. wah..best nie kan sis..
    dulu duk asrama masa sklh..
    konpem ada nie sminggu sekali..hihi

    ReplyDelete
  6. terima kasih di atas komen kawan2 semua. mia paling suka kentang goreng dimasak kicap....tak pun boleh dipelbagaikan ikut selera masing2...

    yang penting sedap..

    ReplyDelete
  7. huhu.. sy biase tumbuk bwg tu,lpstu buh cili padi sikit, pedas2 manis.. laju cik abang mkn sbb kentang tu feveret die,, kdg cmpur telor ng suun pun sdp,, nyam3,,,

    ReplyDelete