image Penghantaran Cenderahati Kepada Peserta Kempen dan Blogger Lain Secara Pos Siri #2 - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Saturday, 19 May 2012

# DiGi WWWOW Awards

Penghantaran Cenderahati Kepada Peserta Kempen dan Blogger Lain Secara Pos Siri #2

Penghantaran Cenderahati Kepada Peserta Kempen dan Blogger Lain Secara Pos Siri #2

Dahsyatnya... penghantaran cenderahati siap ada siri #2 lagi. Apa tidaknya, ada yang baru emelkan alamat. Kali ini untuk peserta kempen, Ummi Anum dan Mimey Eidah, En Nazrai Open University Malaysia di Kuala Lumpur dan blogger Akmarwati dan Kiz.




Untuk makluman, Mia telah pun buat penghantaran Pos Daftar (registered pos) pada waktu tengahari semalam di Pejabat Pos Batu 5, Tampoi.

Untuk Ummi Anum dan Mimey Eidah...
Sebenarnya Mia tempohari dah bercadang untuk bertandang ke rumah pada hari ini, tetapi memandangkan Manchester United Arctic Ice Fan Club telah pun buat penghantaran cenderahati mereka, maka Mia poskan cenderahati tudung. Jangan kecil hati ya.. InsyaAllah, lain kali kita boleh bertemu lagi.

Untuk En Nazrai Open University Malaysia di Kuala Lumpur...
Sebagai menghargai jasa dan sokongan daripada fanpage Open University Malaysia tempohari, Mia harap cenderahati ini akan dapat menjadi kenang-kenangan dan ingatan daripada Mia. Mia amat berbesar hati kerana Open University Malaysia sanggup kempenkan untuk Mia. Sungguh terharu rasanya. Di dalam bungkusan tersebut ada tiga cenderahati sebenarnya. Diharap akan dapat disampaikan kepada Prof. Madya Dr. Santhi Raghavan, Pengarah Pusat Pengurusan Pelajar dan Encik Yon Rosli Daud, Pengarah Pemasaran. Terima kasih banyak-banyak ya...

Untuk blogger Akmarwati...
Terima kasih kerana dengan rela hati membuat entri tugasan ke 3 untuk peserta kempen Mialiana.com walaupun ada juga buat entri untuk blogger lain. Mia ada perasan Akmarwati ada kongsikan page voting Mia dalam twitter dan ajak rakan-rakan lain untuk vote Mia. Terimalah cenderahati ini sebagai penghargaan dan salam kenal daripada Mia...

Untuk blogger Kiz...
Mula-mula Mia terharu sangat sebab Kiz telah menawarkan diri untuk membantu promosikan kempen Mia dengan meletakkan banner kempen di dua blognya iaitu KizMySelf dan OhSensasi Breaking News. Mia sempat design banner tu sekejap dan berikan codingnya pada Kiz. Klik SINI untuk tengok banner kempen. Secara tidak langsung dapat menarik pengunjung-pengunjung dari blog-blog tersebut ke page voting Mia.. Kemudian, baru Mia dapat idea untuk letak di blog Mia dan blog peserta-peserta kempen yang lain. Terima kasih ya Kiz... sudi bantu Mia tanpa mengharapkan apa-apa balasan... 

p/s: mood lega...

8 comments:

  1. memang hebatttt.. walaupun sesi undi dah habis promo dan pengagihan cenderahati Mia masih terus lancar dijalankan.. memang hebatt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kak... mia takkan lupakan jasa2 mereka yang banyak membantu mia kali ni jika dibandingkan dengan nilai cenderahati ini. Nilai persahabatan itu terlalu bermakna bagi mia walaupun hanya dari blog...

      Delete
  2. IM tak pandai bab-bab kempen ni. Apa pun semuga Mia sukses...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih IM... ni baru kempen dalam blog. belum lagi kempen pilihanraya...

      Delete
  3. wahh...akak...hebatlah....semoga sukses

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sangat2...saye undi je semua..hehe :)

    ReplyDelete