image Tukar Tayar Baru - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Monday, 21 May 2012

# Hyundai Getz

Tukar Tayar Baru

Semalam petang, sebelum balik rumah, singgah dulu stesyen minyak isi minyak penuh-penuh. Senang Mia nak pergi kerja nanti, tak perlu susah-susah isi minyak... Tiba-tiba bila dah selesai sahaja, Suami Mia masuk dan beritahu tayar kereta dah pecah-pecah dan ada yang retak. Alamak! Mia tak pernah check pun tayar. Main bawa pergi balik kerja sahaja. Punyalah risau Suami Mia. Katanya, perlu tukar dengan segera. Kalau boleh petang itu juga.

Jadi, Suami Mia pergilah ke beberapa kedai tayar kereta di Taman Universiti. Cari-cari yang mana sesuai. Akhirnya berkenan dengan kedai tayar kereta, yang di depannya ada stesyen minyak Caltex. Cuma ada 2 tayar sahaja yang benar-benar perlu diganti. Kami tukar tayar Silverstone berharga RM 180 setiap satu. Lagi 2 tayar masih boleh digunakan buat sementara waktu, dan akan ditukar selepas akhir bulan ini.

Kalau ditunggu-tunggu, bahaya juga. Takut meletup di tengah jalan, kan susah. Jadi untuk lebih selamat lebih baik tukar sahajalah. Meter pun dah mencecah 46 000 km.

Mia dan Sofea menunggu di bilik menunggu... Kesian tengok Sofea nampak sangat boring duduk dalam bilik ini...


Suami Mia yang tunggu tayar ditukar baru... risau juga nak kena tengok, betul ke tidak mereka pasang...


p/s: kali pertama tukar tayar sejak kereta ini dibeli pada awal tahun 2010....

14 comments:

  1. bahaya tu mia, js pun pernah skali nasib baik takde apa2..baru perasan tau naik je kreta..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la JS mia tak perasan... mia tahu terus jadi risau...

      Delete
  2. lamanya tak tukar... teman setahun setengah dah tukar tayar baru... sekali tukar 4 biji... boleh tred in lagi... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. baru perasan dah lama juga.. tayar dah tak elok benar, baru kena tukar. selagi elok, guna aje...

      Delete
  3. tayar aku pun baru tukar... penting. ape-ape hal kalau jalan licin

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh bagus2... samalah kita. bahaya juga kalau hujan memang licin... huhuhu

      Delete
  4. saya lagi tak reti pasal tayar2 kete ni...tau bawak je..he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... mia pun sama tahu bawa je... ni pun nasib suami mia yang selalu ambil berat tentang kereta ni...

      Delete
  5. saya pun tak tahu pasal tayar ni..tak pernah check pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk... kena check tu. mana tahu kalau ada apa2 yang patut diganti..

      Delete
  6. klau kerap drive luar kawasan lagi laa kna check tayar2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kalau selalu drive jauh2 kena sentiasa check. keta ni kak mia guna untuk pergi balik keja je...

      Delete
  7. x dpt nak dibayangkan bila tayar meletup di jalan raya. Nasib baik akak Mia dh tukar awal.^_^ salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk minta dijauhkan... tak sanggup kak mia...

      p/s: salam kenal juga...

      Delete