Bangun pagi-pagi sahaja tadi, Sofea terus pergi cari kura-kura. Katanya nak bersihkan dulu, sebelum dibuat main. Sofea bersihkan dengan cotton buds. Sayang betul dia pada kura-kuranya.

Al-kisahnya, sejak-semenjak ini Sofea memang suka sangat dengan kura-kura. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke rumah mertua Mia. Ayah Mertua Mia memang bela sepasang ekor kura-kura. Sofea suka buat main-main kura-kura itu. Siap nak bawa balik ke rumah lagi.

Bila dah balik rumah, dia bising nak kura-kura. Nasib baik Mia terfikir satu idea, dan esoknya pergilah mencari mainan kura-kura dan terus beli di kedai kanak-kanak di Bandar Baru UDA. Balik rumah tunjukkan pada Sofea, bukan main sukanya dia. 

Senang nak jaga kura-kura ini, tak perlu ada akuarium, tak perlu kasi makan, cuma pusing kekunci dan dia boleh terus berjalan.

Jom tengok gambar Sofea pagi tadi.... zassss...






p/s: jadilah... daripada tiada langsung di rumah ini.... nak bela yang betul, Sofea masih kecil lagi....