image Result Semester Januari 2012 - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Saturday, 26 May 2012

# Study Matters

Result Semester Januari 2012

Syukur, alhamdulillah. Berita gembira yang ketiga pada minggu ini ialah result semester Januari 2012 (semester terakhir) telah pun keluar. Berita pertama ialah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan berita kedua ialah mendapat Top 10 untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012. Tersenyum lebar sungguh kali ini. Semua yang dihajati telah pun termakbul. Berkat doa keluarga dan rakan-rakan sekalian.

Paling yang dirisaukan Suami Mia ialah ketika menyiapkan projek CBBR4106 dan final exam Malaysian Studies, Mia juga sibuk dengan kempen Mialiana.com untuk DiGi WWWOW Awards 2012. Tentulah risau takut pelajaran Mia terjejas. Mia memang di kala itu, ternyata amat sibuk sangat dengan jadual pembelajaran yang amat ketat. Semuanya harus dibuat dalam satu masa dan memang diakui pengurusan masa yang cekap banyak membantu Mia dalam urusan segala aktiviti untuk semester terakhir ini.

Klik pada gambar untuk besarkan

Seperti yang tertera, bagi subjek CBBR4106 Project (6 jam kredit), Mia telah mendapat A. Betapa besarnya pengorbanan untuk subjek ini. Pelbagai dugaan dan rintangan telah pun berjaya dilalui. Untuk lebih fokus membangunkan sistem dan menyiapkan projek dokumentasi, Mia telah ambil cuti rehat sebanyak 10 hari. Kalau tak cuti, memang betul-betul takkan siap sepenuhnya. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Hidayah, Project Supervisor yang banyak memberikan dorongan dan panduan kepada Mia. Tanpa Puan, tak tahulah boleh dapat A ke tidak. Apa yang disuruh tambah, Mia terus tambah. Apa yang disuruh tukar dan betulkan, Mia ikut sahaja. Katanya, kalau boleh nakkan projek Mia ini paling perfect sekali. Fiuhhh... bayangkan betapa tidur pun tidak cukup pada masa ini. 

Untuk subjek Malaysia Studies (3 jam kredit) pula, Mia mendapat B+. Syukur sangat sebab subjek ni memang Mia paling kurang minat sebab itu diambil pada semester terakhir. Begitu juga dengan penilaian MCQnya (Multiple Choice Question) yang rata-rata jawapannya lebih kurang sama dan sukar untuk buat pilihan yang tepat. Apa-apa pun Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Krishan, online tutor yang banyak memberikan tunjukajar dan yang paling bestnya cepat menjawab pertanyaan pelajar di dalam myVLE. Memang respect habis, lepas pukul 12.00 tengah malam pun boleh membalas sms Mia.

Secara keseluruhannya, result GPA Mia pada Semester Januari 2012 ialah 3.78 menjadikan jumlah CGPA kepada 3.80. Yeah! Sukanya, Mia akan graduate dengan Anugerah Dekan (Dean List) bagi Bachelor of Information Technology with Honours di Open University Malaysia (OUM). Terima kasih kepada semua yang tolong doakan Mia. Akhirnya, Mia berjaya selama 4 tahun pengajian di OUM!

* Result subjek-subjek sebelum ini ada di dalam entri Prestasi Akademik Mia di Open University Malaysia

p/s: dah mula nak mohon jawatan kosong selepas ini bagi Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di sektor kerajaan dan juga cuba-cuba tengok kelayakan dan biasiswa untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi...

22 comments:

  1. http://aienstory-aien.blogspot.com/2012/04/contest-ke-2-by-aien-story-contest.html

    JOM JOIN contest ni :D

    ReplyDelete
  2. tahniah :) kak mia sbb dpt 3 brie gembira
    adik pon tumpang gembira

    ReplyDelete
  3. tahmiah akak...doakan kita pulak yee///hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... ok kak mia doakan untuk mizah juga..

      Delete
  4. Omedetou ! =) semoga terus sukses dalam idup ^^

    ReplyDelete
  5. sejak jumpa blog kak mia dua2 sem saya dpt DL,kenapalah tak jumpa blog kak mia sejak sem 1.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, berguna juga tips2 dan kisah kak mia belajar OUM di dalam blog ini. semoga akan terus Dean List (DL) ya mrs adam...

      Delete
  6. akak kiter terumpat akak kat sini

    http://zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com/2012/05/nie-yang-buat-bertambah-jeles-dengan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk heheheh... terima kasih ya. kak mia dah komen tau entri tu..

      Delete
  7. You are the best !!!! Teruskan memberi insipirasi kepada pelajar lain. 1 usaha yang murni.

    ReplyDelete
  8. seronok tgk akak berjaya..buat masa ni saya masih ade masalah adjyust masa utk be;ajar di sem 1..harap tips akak dpt membantu saya..tahniah sekali lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ida. oooo ida ni student baru. good luck and all the best ya!

      Delete
  9. tahniah akak...m'jd pendorng kpd sy utk trus berjaya & berusaha utk b'jaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... semoga mie pun berjaya juga nanti! belajar bersungguh-sungguh ya...

      Delete