Minggu ini Mia perlu dan wajib hadiri 2 kursus. Lama pula selama seminggu.


18 hingga 19 Februari 2013, Mia ada kursus Latihan 1 : Liferay Portal Administration di Menara Sentul, Kuala Lumpur anjuran Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pihak SKALI.

Selepas kursus, bolehlah jalan-jalan ke Sogo ke... Jalan TAR ke.. Ingat nak jumpa blogger Feroz dan Bro Framestone malam 18 haribulan tu tapi mereka sibuk. Nak jumpa blogger lain, macam segan. Mia akan menginap di Quality Hotel.



Petang 19 haribulan pula, selepas habis kursus di Menara Sentul, Mia akan terus ke Corus Paradise Resort, Negeri Sembilan. Mia ada Bengkel Pemurnian Pelan Strategik LPNM 2011-2015 sehingga 22 Februari 2013. Aktiviti penuh di waktu siang dan malam.

kursus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran...
Published with Blogger-droid v2.0.6