Tempohari, tiba-tiba blogger Adam Faiz inbox fb Mia dan minta pertolongan supaya boleh betulkan feed blognya. Sudah 2 hari, bloglist tidak update. Punyalah susah hati Adam ini sampai hendak berhenti blog. Memang nampaknya Adam betul-betul stres. Kebetulan masa itu Mia sedang online dan dalam keadaan yang tidak sibuk, terus Mia hulurkan bantuan.

Mula-mula Mia tanya pada Adam kalau-kalau ada buat backup untuk blog. Ternyata Adam tidak buat backup terlebih dahulu. Hmmm....gawat juga ni..



Bila Mia check setting kat Site Feed dashboard blogger, nampak tiada masalah. Peliknya, kenapa feed bermasalah. Bila ditanya, rupanya Adam ada tukar kepada blogskin baru dan usik coding untuk ruangan komen. Pada pandangan Mia, memang tiada kaitan pun. Lepas itu, Mia belek setting Language and Formatting, betulkan time zone kepada Kuala Lumpur. Kemudian, Mia belek pada Layout pula dan pergi pada Blog Posts dan pada masa yang sama belek bentri-entri blog Adam. Didapati tiada tarikh atau masa terpapar pada entri di blog Adam. Mia tick kan ruangan tarikh dan masa di Post Page Options. Selepas itu refresh blog Adam balik. Alhamdulillah, feed dah kembali kepada yang asal dan link blog Adam dalam bloglist pun sudah update.

Kesimpulannya, kalau buat apa-apa perubahan pada blog kena backup dahulu, walaupun perubahan itu hanya sedikit. Mungkin masa Adam buat perubahan itu, telah tidak sengaja terusik yang lain tanpa disedari ataupun mungkin setting blogskin yang baru itu telah membuatkan feed blog Adam bermasalah.

Apa-apa pun masalah telah pun selesai dan diharap Adam dapat teruskan berblog dengan ceria selepas ini. All the best ya...

bantu yang termampu di kala masa lapang..