Rasa terharu sungguh Mia bila blogger Ida atau lebih dikenali dengan nama Ummi Arissa sudi datang jumpa Mia sekejap sebelum tengahari tadi.

Kami tidak sempat nak berborak lama memandangkan Ida dah nak balik ke Kuala Lipis. Ala... tempat artis Siti Nurhaliza tu..



Dah lama sebenarnya Mia kenal dengan Ida, cuma di dunia blog sahaja. Baru kali ini sempat jumpa sebab kebetulan sama-sama ada di Kuala Lumpur.

Sangat terharu lagi bila Ida bawa ole-ole buah mata kucing untuk Mia. Terima kasih ya...

suka... dapat jumpa rakan blogger lama...