Ikan Gergasi Matahari Terdampar Di Sabah

Bila tengok gambar ini . Makkk aiii... besar betul ikan ini. Gergasi. Gempar. Rasanya rata-rata dah heboh perkatakan kisah ikan ini yang terdampar di pantai Kampung Forest Sandakan Sabah. Mia tidak pernah tengok ikan sebesar ini. Tidak sangka ada juga wujud spesis ikan seperti ini di sana. Bentuk dan saiz ikan Matahari agak aneh, pelik, pipih dan besar. Dikatakan ikan ini tidak mengancam manusia.

Teringin juga nak tahu kenapa ianya dipanggil Ikan Matahari. Selepas google di sana sini baru tahu yang ikan Matahari adalah dari jenis spesies Mola Mola dengan habitat di kawasan perairan dalam. Sifatnya pelik kerana suka berjemur dan untuk dapatkan cahaya matahari ikan ini akan timbul ke permukaan laut.

Sumber : SINI

Kesiannya bila tengok gambar ikan Matahari ini lama-lama. Punca dan akibat kematian tidak pula dinyatakan. Entah apa yang terjadi di laut sehingga ikan ini boleh terdampar di pantai.... Risau juga ni.

belum pernah jejakkan kaki ke Sabah....