Nasib baik semasa kejadian kemalangan pagi tadi, Sofea tiada. Kalau tak, tak tahulah macam mana keadaannya...

Mujur Sofea di kampung. Selepas demam hampir sembuh beberapa hari yang lepas, Sofea sibuk nak balik kampung. Dah rindu dengan Nenek dan Atuknya iaitu mak dan ayah Mia. Sepatutnya balik kampung hujung minggu lepas, tetapi Mia demam.

Bila dah hantar balik kampung, tentulah nak tinggal lama sedikit. Minggu ini hanya 2 hari sahaja Sofea sekolah tadika. Ahad depan baru sekolah tadika semula.

yang penting Sofea sihat dan ceria...