Tak seronoknya cuti bila suami kerja hari ini. Hari ini kan hari Jumaat pertama Johor cuti. Tetapi ada yang kerja di sektor swasta macam Suami Mia tidak cuti. Cuti masih lagi hari Sabtu dan Ahad. Ahad pula Mia kerja dan Sofea sekolah tadika.

Kan senang kalau sektor swasta pun ikut juga cuti hari Jumaat dan Sabtu. Ini tidak pula. Kalau suami isteri sama-sama kerajaan tidak apalah... Ni kalau seorang lagi kerja swasta, boleh kacau dibuatnya.. Tak seronoklah..

Hari ini berdua dengan Sofea. Sofea pun tanya kenapa ayahnya kerja. Selalunya bila cuti, semua ada di rumah. Nampaknya hari Sabtu sahaja baru semua ada.

Payah juga macam ni... hmmm.. nampaknya Mia akan selalu cuti hari Ahad dan Sofea pun kena cuti jugalah kalau nak jalan-jalan.

rutin berubah betul... ada pro dan kontra juga cuti hari Jumaat...