Tempoh hari semasa Mia menghadiri program KPKM Digital Connect 2026 - Coffee Talk With CDO di SINI, semua peserta yang melengkapkan penilaian kursus di Sistem Profil Latihan (SPLV) dihadiahkan satu KPKM Signature Box. Baru pagi ini Mia berkesempatan untuk unboxing dan kongsikan isinya di blog. Jom kita tengok apa yang ada di dalamnya...
Di sebalik setiap produk yang tersusun rapi dalam Koleksi Hadiah Premium ini terserlah keunikan hasil usahawan tempatan yang mengolah hasil pertanian negara menjadi produk berkualiti tinggi, beridentitikan Malaysia dan penuh dengan citarasa autentik. Menghimpunkan pilihan seperti sambal sedia ada untuk dimakan terpilih, kerepek pisang tanduk, keropok dan aneka jem keluaran Agromas, setiap produk dipilih bagi menampilkan kepelbagaian hasil agromakanan tempatan yang menggabungkan tradisi, inovasi dan kualiti dalam satu himpunan istimewa. Lebih daripada sekadar koleksi produk, Koleksi Hadiah Premium ini mencerminkan kekayaan sektor agromakanan negara serta menjadi simbol penghargaan terhadap usaha berterusan dalam memperkasakan produk tempatan dan memperkenalkan keunikan citarasa Malaysia. Setiap produk membawa nilai tersendiri daripada hasil bumi yang berkualiti kepada sentuhan inovasi usahawan tempatan yang bersama-sama mencerminkan keupayaan industri agromakanan Malaysia untuk terus berkembang dan membanggakan.
Begitulah cerita ringkas di sebalik KPKM Signature Box yang Mia terima ini. Tergoda tengok semuanya, memang sesuai dijadikan kudapan santai sambil layan movie malam-malam di rumah.
* sweet gift...







0 Comments