Kelebihan dan Cara Memulakan Perniagaan e-dagang di Malaysia

Kelebihan dan Cara Memulakan Perniagaan e-dagang di Malaysia | Kalau perasan, rata-rata sekarang ini, kebanyakan aktiviti seperti pembelian barang, perbankan, pesanan makanan dan minuman tersangat mudah secara online. Bayangkan betapa ramainya prospek pelanggan boleh didapati dari online. Asalkan ada capaian ke internet sama ada melalui smartphone, laptop atau pc desktop.

Trend ini sangat popular kerana ianya amat mudah, senang dan pantas tanpa hadir secara fizikal ke kedai/tempat yang diingini. Tidak perlu bersesak beratur panjang. Tidak perlu susah-payah bayar tempat letak kereta. Sudah menjadi kebiasaan dan norma rutin di kala ini. Dari sinilah berkembangnya perniagaan secara online dengan pesatnya menggunakan pelbagai media untuk tapak perniagaan usahawan online termasuk website, blog, facebook, youtube, twitter, tik tok, instagram dan lain-lain lagi.




Di sini Mia nak highlight kenapa perlu pilih untuk berniaga secara online


# 1 - Jimat masa dan 24 jam boleh beroperasi

Sebagai usahawan baru, masa itu sangat penting. Masa adalah emas. Kena peruntukkan masa untuk pelbagai aktiviti seperti buat iklan online, melayan pelanggan, ambil tempahan, buat packaging untuk poskan barang. Aktiviti ini boleh beroperasi bila-bila masa mengikut kesesuaian usahawan itu sendiri. Berniaga secara online bererti urusan transaksi atau aktiviti tidak terikat pada waktu tertentu. Fleksibel dan memudahkan asalkan ada pengurusan masa yang cekap. Kena rajin dan berusaha untuk tarik perhatian pelanggan membeli barang yang dijual.


# 2 - Tidak perlu ada kedai fizikal dan jaga kedai

Faktor ini sangat menyumbang kepada betapa ramainya bilangan usahawan online yang naik mencanak sekarang ini. Tidak perlu ada kedai secara fizikal. Tidak perlu sewa kedai dan jaganya. Jika ada kedai, kita akan lebih guna banyak modal untuk kos sewa kedai dan peralatan perabot dan kelengkapan dalam kedai. Ditambah pula kena ada pekerja untuk jaga kedai. Ianya agak membebankan bagi usahawan yang bermodal kecil.


# 3 - Kos memulakan perniagaan atau bisnes secara online sangat murah

Tidak dinafikan lagi, sememangnya kos untuk mulakan perniagaam secara online ini sangat murah. Kena ambil kira langganan pakej data internet yang berbaloi. Terdapat pelbagai platform media yang free dan berbayar untuk dijadikan tapak perniagaan. Pilih yang senang dan memudahkan. Contoh yang popular sekarang ini Facebook Page, Blog, Instagram dan media sosial lain. Mudah nak iklankan dan dapat engagement daripada propek pelanggan.


# 4 - Potensi besar untuk pasarkan ke seluruh dunia

Bayangkan perniagaan secara online mempunyai peluang pemasaran yang luas sehingga ke seluruh dunia jika produk atau perkhidmatan yang kita berikan boleh sampai ke tahap antarabangsa seperti ini. Tapak perniagaan online kita boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa dengan liputan sasaran pelanggan yang meluas. Tidak mustahil dan ianya boleh jadi kenyataan. Akhirnya siapa yang untung? Bermula dari berniaga secara kecil-kecilan, lama-lama boleh berkembang menjadi besar dan gah untuk perniagaan online kita. Yang penting kena usaha dan yakin pada diri kita.





Sekadar pandangan dari Mia, sekiranya nak lagi mudah dan selamat kita kena ambil tahu juga beberapa perkara ini untuk direnungkan dan fikirkan.


# 1 - Tidak perlu buat produk sendiri

Ironinya, kalau buat produk sendiri akan lebih banyak guna kos. Lebih baik kita jual produk orang lain yang sedang famous dan pasarkan. Banyak cara sekarang ini seperti jadi ejen produk dan dropship yang tidak memerlukan kos modal yang banyak. Hanya perlu cari pelanggan untuk beli produk dan dapatkan komisen/untung atas jualan.


# 2 - Jangan terlampau fikir untung

Bila berniaga, kalau nak ambil untung banyak tapi hasil jualan tidak banyak pun payah juga. Sebab kita baru saja mulakan perniagaan online, rasanya lebih baik kita dapatkan banyak pelanggan yang boleh mampu membeli produk kita. Walaupun dapat untung sedikit tapi bila hasil jualan banyak boleh juga memajukan perniagaan kita. Bermula dari modal kecil dan boleh tambahkan modal pusingan sedikit demi sedikit secara konsisten. Sebabnya bila kita gunakan modal yang rendah, risikonya juga rendah. Kita kena juga ambil kira keperluan dan kehendak pelanggan yang bersesuaian agar produk / perkhidmatan kita sentiasa laris jualannya.


# 3 - Belajar ilmu perniagaan dan pemasaran

Apa-apa pun yang kita nak buat buat, jika tiada pengalaman carilah ilmu perniagaan dan pemasaran. Pengetahuan asas perlu ada supaya kita ada perancangan yang rapi, aliran tunai yang cantik dan pengurusan cekap berniaga secara online. Banyak kursus, ceramah, webinar ada di media sosial. Cubalah join dan masuk komuniti usahawan perniagaan online. Satu bonus jika anda dapat belajar daripada mereka yang dah berjaya dan berpengalaman.



Tapak perniagaan online yang terbaik setakat ini ialah website. Semua maklumat perniagaan boleh dipaparkan secara online. 



Design website yang mesra pengguna dan fleksibel juga memainkan peranan penting untuk kemudahan pelanggan.





Having a good website design in Malaysia is an added advantage and ideal for a corporate business website, E-commerce websites, a busy blog, developers, resellers and interactive sites. Not everyone is expert in domain, hosting, storage and professional web services. VPS Malaysia provide all these with its Go Get Space High-performance Virtual Private Server based on Linux OS and OpenVZ virtualization systems.





Banyak kelebihan sebenarnya jika menggunakan perkhidmatan profesional untuk hosting domain dan bangunkan website perniagaan kita secara korporat. Serahkan pada yang pakar, Malaysia VPS. Pilihan ada di tangan anda. Jika ingin lebih selamat, serius dan fokus pada perniagaan online yang dimulakan, berusahalah memilih tapak perniagaan website yang menjamin imej perniagaan anda.


** perniagaan secara online banyak memberi manfaat kepada golongan usahawan untuk mendapatkan pelanggan dengan mudah…..


Post a Comment

4 Comments