image Media Food Review Merdeka 63 Dim Sum Buffet @ Thistle Johor Bahru - Mia Liana

Sunday, 23 August 2020

# Events # Travelling Matters

Media Food Review Merdeka 63 Dim Sum Buffet @ Thistle Johor Bahru

Pada hari Selasa, 18 Ogos 2020 Mia menghadiri event Media Food Preview di Thistle Johor Bahru untuk promosi Merdeka 63 Dim Sum Buffet yang bermula, 17 Ogos 2020 sehingga 16 September 2020. Setiap hari dari jam 12.00 tengahari hingga 2.30 petang.

Mujur tak jauh dari office Mia, dapatlah makan tengahari di sini. Seronok dapat berjumpa dengan rakan blogger dan media Johor yang lain.

Masuk sahaja hotel terus Mia menuju ke sebelah kiri dan turun tangga. Alangkah teruja betul Mia dengan pemandangan luar yang menarik dan menyegarkan dari dalam Glass Restaurant. Sungguh menenangkan.

Bila menu Merdeka 63 Dim Sum Buffet dihidangkan di atas meja, rakan blogger dan media menyusun ikut gaya masing-masing sebelum snap gambar. Mia dengan blogger Ajan pun sama juga. Selepas selesai photo dan video shooting masing-masing pun menjamu selera. Kami dilayan dengan mesra oleh Encik Joshua dan pekerja-pekerja hotel yang lain.

Jom tengok gambar...


Sweet tak, snap gambar dim sum macam ni?


Senarai menu makanan dalam pakej Merdeka 63 Dim Sum Buffet 

Hidangan yang menyelerakan.  Local food dan dim sum. Mia lebih suka makan deep-fried crispy seabass with choice of zesty 3-rasa sauce. Siap bertambah bila dimakan dengan nasi goreng ikan masin. Kudapan ringan dim sum dan paunya pun tidak menghampakan. Dessert pilihan Mia ialah Mango pudding dan Chocolate pudding panna cotta. Puas dapat makan sedap pada tengahari itu. 

Masa untuk menjamu selera.



Pemandangan luar yang cantik, kan? 


Dengan Encik Joshua yang sangat peramah

Dengan blogger Ajan dan Kim Tan

Ceria je muka kami ini.

We Love Dim Sum!! Yeah!!

Benar-benar menikmati masa makan tengah hari Mia di sini. Terima kasih di atas jemputan Media Food Review yang best ini.

Jemput tengok entri promosi Merdeka 63 Dim Sum Buffet @ Thistle Johor Bahru di SINI.


Thistle Johor Bahru
Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

For reservations, please call +607 222 9234 / +6012 789 2092 
or email fnbcoordinator.jb@thistle.com.my





6 comments: