image 10 Tempat Menarik Di Johor Yang Popular - Mia Liana

Saturday, 15 August 2020

# Travelling Matters

10 Tempat Menarik Di Johor Yang Popular

Tercari-cari tempat menarik di Johor popular untuk dilawati? Pasti ramai yang ingin bercuti bersama keluarga dan berkunjung ke selatan tanahair. Sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid 19 ini, kini dah mula dibuka untuk orang ramai.

Sebelum bercuti, tentu nak survey dulu maklumat tempat menarik mana yang boleh dilawati dan lokasinya. Sekurang-kurangnya bila bertandang ke Johor dapat memaksimumkan masa yang ada untuk lawat tempat atau destinasi menarik untuk dijadikan kenangan di kemudian hari.

Di sini Mia nak highlight 10 Tempat Menarik di Johor yang popular. Jemput baca...


#1- Forest City di Iskandar Puteri



Kepada yang sukakan suasana bandar di dalam hutan, Forest City di Iskandar Puteri pasti menambat hati anda. Di sini ada air kolam untuk mandi manda, pantai buatan dan air laut yang bersih cantik. Wajib singgah sini. Apa tidaknya, pemandangan hijau di sini dengan keindahan landskap taman diserikan dengan pantai buatan manusia siap ada dekorasi replika haiwan.




#2- B5 Johor Street Market di Johor Bahru



Dibuka pada 20.02.2020, B5 Johor Street Market merupakan daya tarikan baru pelancong di Johor. Lokasinya di area Batu 5 berdekatan dengan Plaza Angsana. Pusat Komersil Pelancongan Setempat (Centralised Retail Tourism Centre) ini diinspirasikan dari Queen Victoria Market yang ikonik berdasarkan ciri dan warisan Johor Lama. 

Best sangat kat sini. Antaranya Retail Bazaar, Seni & Budaya, Box Park, F & B (Makanan dan Minuman) dan Food Truck (Kenderaan Saji)

Selanjutnya baca >> B5 Johor Street Market



#3- Malay Cultural Village



Bagi anda yang ingin mengetahui keindahan warisan dan budaya Melayu, silalah berkunjung ke Malay Cultural Village yang begitu unik ini. Ianya terletak di Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru dan ada menyediakan program budaya berasaskan pendidikan.

Banyak yang boleh diketahui dan belajar di sini yang menunjukkan keunikan budaya dan tradisi Malaysia dengan lawatan eksploratif, lawatan galeri muzium, persembahan langsung dan aktiviti langsung. Antaranya rumah tradisional Melayu, mencanting batik, buat teh tarik, menebar roti canai, persembahan kebudayaan, wayang kulit serta proses peleburan dan tempa bijih timah.

Selanjutnya baca >> Malay Cultural Village



#4- Umbrella Alley Muar



Kalau ada datang ke Muar, Johor.... jangan lupa singgah di Umbrella Alley Muar. Lokasinya di lorong belakang Jalan Sisi dan Jalan Othman Muar. Kalau tak jumpa boleh cari Bangunan Majlis Perbandaran Muar dan parking belakang OCBC. Inisiatif yang harus dipuji. Lorong belakang dijadikan tempat cantik dan ceria dengan dekorasi payung yang berwarna-warni.

Selanjutnya baca >> Umbrella Alley Muar



#5- VRinity Malaysia



Pusat hiburan interaktif ini bertempat di Mall of Medini, Iskandar Puteri Johor mengetengahkan konsep virtual reality sepenuhnya. Pelbagai ruang interaktif disajikan dan boleh main macam-macam di sini dengan ticket all-access. Anda pasti enjoy dengan permainan game yang seakan real di depan mata. Kalau ada yang tak berani naik roller coster, boleh rasai pengalamannya di sini.

Selanjutnya baca >> VRinity Malaysia



#6- Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar



Tempat paling popular untuk bermandi-manda dan berkhemah di Muar ialah Kolam Puteri Gunung Ledang. Alami keindahan pemandangan yang tenang dan suasana yang menyegarkan bersama keluarga anda. Puas sungguh boleh mandi lama-lama di sini dengan airnya yang sejuk.




#7- Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor


Pantai Desaru, destinasi peranginan yang popular sejak dulu. Serius. Sekali pandang gambar pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor ini dah terpukau dengan keindahannya. 

Bayangkan kalau dah berada di situ, memang best lah. Cantik pantainya dengan pasir yang yang bersih dan laut yang membiru. Kalau dah datang sini pasti akan datang kembali.




#8- Kolam Renang AMA Resort Muar


Jika anda ingin bawa anak-anak mandi kolam di Muar, Mia nak cadangkan mandi di Kolam Renang di AMA Resort dekat Parit Kassim. Kolam ini kolam berbayar yang dibuka untuk orang ramai. 

Seronok mandi kat sini. Ada air pancutan. Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi sehingga 6.30 petang dengan harga untuk dewasa ialah RM15 manakala untuk kanak-kanak pula ialah RM10. 

Selanjutnya baca >> Kolam Renang Ama Resort Muar



#9- Kiddomo Discovery RnF Mall



Anda boleh luangkan masa anda dengan anak-anak anda di sini sambil merangsang imaginasi mereka. Kiddomo Discovery di RnF Mall Johor Bahru ada menyediakan pelbagai mainan untuk diterokai. Antaranya Artistic Play, Art Live, Interactive Play, Interactive Slide, Sing + Dance @ Kara-o-kid, Papercraft Experience, Play Together dan Dino Discovery.

Selanjutnya baca >> Kiddomo Discovery RnF Mall



#10- Skyscape Johor Bahru



Nama saja dah ada sky. Tentulah melibatkan tempat tinggi. Kalau tak gayat, boleh ke sini. Skyscape Menara JLand Johor Bahru ini merupakan daya tarikan baru pelancong yang berkonsepkan gabungan teknologi dan hiburan di udara atau aerial entertainment space. Kalau berani nak jalan di atas lantai kaca setinggi 34 tingkat... jom..

Selanjutnya baca >> Skyscape Johor Bahru


Fiuh... menarik sangat semua ini. Ada masa dan kelapangan anda boleh bawa keluarga berkunjung ke 10 tempat menarik di Johor yang popular di atas. Happy family hour....


18 comments:

  1. Ada kesempatan nanti Cik TK nak jalan2 ke Johor

    ReplyDelete
  2. Wah??? Tempatnya bagus banget, kapan punya rezeki pengen lah mahin kesana moga disegerakan. Amin 🤲🤲🤲

    ReplyDelete
  3. memang menarik..okay masuk list utk vacay kami nnt :) tq sharing kak mia :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian tempat menarik di Johor. Hujung tahun ini in shaa Allah akan jalan-jalan ke sana. Bolehlah kumpul info dahulu.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. oohh takpe cikgu bada.. bila senag-senang leh ke sini nanti...

      Delete
  6. Banyak kan tempat menarik, ada juga yang Sis pun belum pergi hehehehe

    ReplyDelete
  7. jom kita bujat trip melawat johor hehehe

    https://herneenazir.com

    ReplyDelete
  8. banyak jugak tempat yang belum kita sampai ni

    ReplyDelete