10 Tempat Makan Sedap Di Johor Yang Menarik

10 Tempat Makan Sedap Di Johor Yang Menarik | Kali ini Mia nak review 10 tempat makan sedap di Johor yang menarik untuk seisi keluarga. Kalau tiba bab makan ini, memang seronok betul kalau dapat makan menu yang diidamkan itu sedap dan menyelerakan. Sangat membahagiakan perut kita.

Apa kata jom kita tengok highlight 10 kedai makan atau restoren di bawah ini.


#1 - Restoran Lomaq Foodies di Taman Denai, Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru

Restoran Lomaq Foodies menghidangkan menu sarapan pagi dan makan tengahari. Siapa yang gemarkan menu masakan lemak cili api dan asam pedas, wajib singgah sini cuba makan. Rugi kalau tak cuba makan di sini kalau ada berdekatan kawasan Gelang Patah.

Hmmm.. Mia berkenan pula dengan menu Itik Salai Lemak Cili Api, begitu menyelerakan.





#2 - Restoran Seri Bahagia Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor Bahru

Restoran Seri Bahagia sangat popular dengan menu masakan seafood yang segar dari laut sambil menikmati keindahan persekitaran Kampung Tanjung Langsat. Sungguh menenangkan jiwa dan rasa tenang di sini.


Mia tengok sedapnya menu Ketam Masak Lada Hitam ini. Jarang sangat dapat makan ketam ini.





#3 - Restoran Ottoman Turkish Istanbul Cuisine di Horizon Hills, Iskandar Puteri, Johor Bahru

Teringin nak merasai menu masakan tradisi dan resepi asli dari Turki? Lebih dari 60 jenis menu masakan Turki disajikan secara eksklusif di Restoran Ottoman Turkish Istanbul Cuisine. Betul-betul boleh rambang mata nak pilih menu mana yang dimakan nanti.


Menarik sungguh menu Biber Dolma ini untuk yang gemarkan masakan ala vegetarian.

Selanjutnya baca >> Istanbul Turkish Cuisine.




#4 - Kedai Makan Wachaa Burger, Parit Kadir, Senggarang, Batu Pahat, Johor

Kalau ada pergi ke Senggarang, Batu Pahat bolehlah singgah ke Kedai Makan Wachaa Burger. Sangat dikenali dengan tempat makanan western yang best dan menarik. Katanya, kalau dah sekali makan di sini pasti nak lagi.


Fiuhhh... nampak lazat dan meleleh betul Wachaa Burger ini.





#5 - Restoran Chaba Thaifood, Taman Impian Emas, Johor Bahru

Peminat tegar menu masakan ala Thai, sangat recommended untuk cuba makan di sini. Menawarkan harga yang berpatutan dan ada menyajikan set menu makanan yang ekonomi.



Wahhh.. bestnya tengok tomyam seafood ini. Nampak pekat kuahnya dan penuh isinya. 





#6 - Kafe Kiri Kanan Toppen Shopping Centre, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru

Kalau ada jalan-jalan ke Toppen Shopping Centre, sudi-sudikanlah singgah makan di sini. Pelbagai menu asian fusion disajikan. 


Menu nasi ayam hainan ini nampak simple tetapi sangat mengenyangkan.





#7 - Restoran Ateh Corner Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru

Menu sajian Melayu dan Barat serta gorengan ada disajikan di Restoren Ateh Corner. Kalau ada berdekatan Skudai, boleh singgah makan di sini,  Jangan terkejut kalau nak order makanan. Kat sini ada menggunakan sistem order online. Terus sampai ke dapur.


Wow! Menu ikan siakap masak stim nyonya style yang betul-betul mengujakan. Buat Mia rasa seperti nak terus ke sana bila tengok gambar ini.





#8 - 5 Tempat Makan Lok-Lok Di Sekitar Johor Bahru

Dah cuba rasa dan makan menu Lok-Lok? Ianya merupakan makanan ala steamboat yang dipelbagaikan dari segi gorengan, panggang, rasa dan sos. Mia pun baru je kenal dengan makanan viral ini.


Boleh cuba makan di B5 Street Market, Medan Steamboat Bandar Baru Uda, Steamboat Stulang Johor Bahru, Mr Lok-Lok Bandar Baru Seri Alam dan Food Bank Adda Height Tebrau.





#9 - Restoran Best Dim Sum dan Pau, U Sentral Masai Night Market, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor Bahru

Murah kalau makan dim sum dan pau di sini yang dipelbagaikan warna dan rasa intinya. Restoran Best Dim Sum dan Pau ini terkenal di Pasir Gudang dan sentiasa dikunjungi oleh pelanggan-pelanggannya.



Hmmm.. sedapnya. Nak pilih pun makan masa juga ini. Sebab sukar nak pilih yang mana. Banyak sangat.





#10 - Restoran Senoko Seafood Stulang Laut, Johor Bahru


Kalau nak cari makanan seafood di bandar Johor Bahru, boleh pergi ke Restoran Senoko Stulang Laut. Pasti tidak menghampakan. Pasti meriah bila makan bersama keluarga atau rakan-rakan.


Macam-macam menu seafood ada di sini. Memang berbaloi apabila makan di sini.




Godaan kuat betul bila review tempat makan sedap di Johor ini. Terasa lapar pula perut Mia tengok gambar makanan yang sedap-sedap belaka ini. Nak-nak di kala waktu malam begini. Apa kata jom kita terjah dan makan di senarai restoran yang Mia highlight di atas ini bila berkelapangan. Jalan-jalan cari makan.....



Post a Comment

7 Comments