Berderet 3 Mesyuarat Semalam

Semalam, berderet 3 mesyuarat yang perlu dihadiri. Unit ICT adalah urusetia kepada jawatankuasa mesyuarat-mesyuarat ini. Ahli-ahli jawatankuasa mesyuarat terdiri daripada wakil-wakil setiap bahagian/unit. Kiranya macam mesyuarat nak tutup buku akhir tahun. Kerja-kerja yang telah diselesai dibentangkan dalam laporan dan perancangan untuk tahun depan. Lebih kurang macam begitulah bunyinya.
Ketiga-tiga mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit ICT memandangkan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (Pentadbiran) ada tugas rasmi di tempat lain. Ketua Unit ICT adalah ahli silih ganti untuk Pengerusi.
Mesyuarat Teknikal ChatBot LPNM Bil 1/2022.
Mesyuarat Teknikal Laman Web LPNM Bil 2/2022.
Mesyuarat Bring Your Own Device (BYOD) LPNM Bil 4/2022


Hari Khamis masanya singkat. Habis kerja pukul 3.00 petang. Mujur selesai semuanya sehingga tengahari. Alhamdulillah.... dipermudahkan urusannya. 


 ** kisah meeting.....

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah! Dipermudahkan segalanya mesyuarat berjalan lancar. Syukur!

    ReplyDelete
  2. biasa la tu nak masuk tahun baru pula bulan depan. macam-macam rancangan ada nak buat

    ReplyDelete