Apabila Masjid Menjadi Kosong - Mia Liana

Friday, June 14, 2013

# Tazkirah

Apabila Masjid Menjadi Kosong

Apa yang terfikir di minda kita apabila melihat gambar di bawah ini. Kelihatan masjid tidak menerima ramai pengunjung jika dibandingkan dengan premis yang lain contohnya mahkamah, panggung wayang, pasaraya, pasar dan tempat bersukan.

Apabila masjid menjadi kosong nanti, siapakah kelak yang akan memakmurkan masjid. Terlalu sibuk dengan urusan sendiri dan kerjaya? Generasi kita yang akan datang? Atau kita sendiri yang perlu memulakannya.. 

Sungguh menyedihkan..


Walaubagaimanapun. tidak semua masjid di Malaysia kosong, cuma ada segelintir sahaja. Namun begitu, perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Mungkin 10 hingga 20 tahun lagi akan berlaku dan kita pun tidak akan tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Mohon dijauhkan.

Surah Al-Baqarah Ayat 114 bermaksud : 
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Surah At-Taubah Ayat 18 bermaksud :
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Riwayat Abu Nu'aim, daripada Al-Hakim bin 'Umair bermaksud :
"Hendaklah kamu sekelian menyedari bahawa keberadaan kamu di dunia ini sebagai tetamu jemputan sahaja. Dan jadikanlah masjid-masjid itu sebagai rumah kamu (melaziminya dengannya). Dan hendaklah kamu latih atau biasakan hati kamu dengan berzikir dan berfikir secara lembut dan tenang. Dan hendaklah kamu banyak berfikir dan menangis di atas kesalahan kamu dan jangan terkeliru dengan hawa nafsu. Bermakna kamu mengadakan rumahtangga yang mana lebih dari hajat dam kamu himpunharta lebih daripada perlu dan kamu berangan-angan barang yang tidak akan kamu mendapatkannya."

tiba-tiba terfikirkan masjid pagi ini semasa bangun tidur di kala azan subuh berkumandang, dan terus dapat idea untuk menulis entri ini...

60 comments:

  1. rumah saya dekat dengan surau,,,azan berkumandang sure dengar punya...hanya kitalah yang memeriahkan rumah Allah ini.....

    ReplyDelete
  2. OKje sendiri pun jarang berjemaah di masjid...mungkin menyumbangkan faktor pengurangan disitu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak mia. sedih gak sheila memikirkan.. semoga para muslimin muslimat sekalian tak tegar nak menjauhkan diri daripada rumah Allah ni =__=

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila... memang sedih juga ni...

      Delete
  4. rumah saya pun dekat dgn surau. cuma bila dah sarat mengandung ni, mmg tak boleh tidor malam. walaupun begitu, bila azan subuh berkumandang mesti saya akan bangun. takkan nak tunggu bulan ramadhan baru nak penuhkan masjid kan kak mia. thanks for this entry

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum...sedih bila memikirkan ramai orang macam saya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... kena berubah pelan2 la nampaknya...

      Delete
  6. mmg btol sama macam gambar...kalo cinema, pasaraya ramai orang berpusu-pusu datang. MAsjid pun mungkin tak sampai 10 orang datang...dunia akhir zaman, sibuk dengan hal dunia.

    ReplyDelete
  7. masjid skrg x mcm zmn Rasulullah.. skrg lepas kul 10 berkunci dah pntu pagar.. dan gelap je.. mmg sedih la situasi ni.. rumh sy skrg Alhamdulillah, dekat dgn masjid.. mmg ceramah agama, kuliah dgr je dr rumah..

    ReplyDelete
  8. Memang sedih bila tengok masjid dan surau2 lengang jer.. Lagi sedih bila surau2 dan masjid2 itu dibiarkan kosong, sampai azan pun takde sape nak laungkan.. Nak harapkan orang2 muda zaman sekarang payah.. Surau kat depan rumah Mieza kat kampung pun senyap sunyi jer.. Sedih tengok.. Sesekali jer berkumandang laungan azan, tu pun kalau orang2 tabligh datang.. T_T

    ReplyDelete
  9. Masjid kembali penuh bila masuk bulan Ramadhan.. smapai kat tangga pun ada kan...

    ReplyDelete
  10. insyaALLAH.. moga2 masjid kita meriah dengan kunjungan tetamu allah..

    ReplyDelete
  11. Semoga masjid menjadi tempat untuk ibadah dan sebagainya

    ReplyDelete
  12. mungkin inilah tanda akhir zaman kak mia,,banyak masjid besar besar..cantik terbina..namun kosong..sedangkan di masjid itulah tempat para malaikat berkumpul menanti jemaah..

    ReplyDelete
  13. saya tunggu khilafah...zaman ni mmg dah rosak

    ReplyDelete
  14. Bila tujuan masjid dibina hanya utk kebanggaan tidak mustahil ini semua terjadi. Jadi tontonan bukan utk mendekatkan diri pada agama. Sedih:(

    ReplyDelete
  15. hmm,,, makin susah nak cari pemuda subuh ni,, (^___^)

    ReplyDelete
  16. Adalah tanggungjawab muslimin (lelaki) untuk memakmurkan masjid. Lelaki di galakkan berjemaah di masjid dari sembahyang di rumah. Ini wajib diketahui oleh semua lelaki.
    Dan...ketahuilah, andai kita dapat berjemaah subuh seramai sembahyang jumaat, akan hancurlah Israel! Inilah jihad kita yg tidak dapat bersama berjuang di Palestin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas perkongsian ini ya bin muhammad..

      Delete
  17. rumah fyna pun dekat dengan surau. tapi boleh dikira berapa ramai yang jemaah. tapi time puasa semakin bertambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo masa ramadhan kan selalunya ramai...

      Delete
  18. Itulah yg wan dgr tadi masa tazkirah sblm smbhyg jumaat. Masalah ni dah lama dan berlaku di semua tempat. Ustaz tuh kata manusia kini silap paham tentang tuntutan berjemaah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak cakap sekarang ni... tengok ajelah..

      Delete
  19. sangat sedih bila memikirkan keadaan ini

    ReplyDelete
  20. Akhir zaman...
    Memang ramai berlumba lumba dirikan masjid hanya utk kemegahan.
    Tapi tidak di makmurkan masjid..

    ReplyDelete
  21. peringatan dan perkongsian yang bagus sis mia.wah dapat idea pagi2 di hari Jumaat,hebat!

    ReplyDelete
  22. emmm memang tak dinafikan...nak dibandingkan masjid dgn tmpt lain mmg kurang org ke masjid...kena saling igt menginagti sesama kita...:)

    ReplyDelete
  23. masjid tersergam indah.. tapi tiada jemaah yang mengimarahkannya.. alangkah sedihnya..

    ReplyDelete
  24. sama2 kita renungkan...semoga entry ni memberi kesedaran kpd sesiapa yg membacanya..nice sharing kak mia..

    ReplyDelete
  25. kena buat penjenamaan semula masjid2 ni utk tarik golongan muda...kena bykkan aktiviti...

    ReplyDelete
  26. Sayangkan Mia.. banyak masjid yang berdiri gah; besar dan cantik namun yang memakmurkannya semakin berkurang.

    ReplyDelete
  27. betul tu, Ukhwah tu terbina antaranya melalui saluran masjid. byk aktiviti yg boleh dilakukan utk mengimarahkan masjid tu.

    ReplyDelete